Penjaring terbanyak kejohanan Piala Malaysia 2019, Safawi Rasid memasang impian mahu menyertai kelab di Eropah bagi mengembangkan lagi bakat dan potensi yang dimilikinya.
Pemain Johor Darul Ta’zim itu ternyata menjadi pemain tempatan paling menyerlah dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini selepas membantu pasukannya menjuarai Liga Super dan Piala Malaysia.
Menurut Safawi, impian untuk beraksi di luar negara adalah lumrah buat pemain bola sepak dan beliau sendiri bersedia untuk berhijrah jika mendapat tawaran yang bersesuaian.
Safawi Rasid menjadi pemain pertama berjaya menjaringkan 11 gol dalam keseluruhan kejohanan Piala Malaysia sejak musim 2012 (Marlon Alex James, 12 gol).
Siapa kata pemain tempatan tak boleh?#PialaMalaysia2019#SemuanyaBOLA pic.twitter.com/3lCy6IIZN2
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) November 2, 2019
Walau bagaimanapun, Safawi jelas tidak akan sesekali mengangkat kaki dengan cara membelakangi JDT yang telah banyak berjasa bagi membantu kariernya sebagai pemain bola sepak profesional di negara ini.
“Memanglah dalam hidup ini, mungkin ini [tawaran] hanya datang sekali seumur hidup. Cita-cita saya memang mahu beraksi di luar negara dan kalau boleh, saya mahu beraksi di Eropah.
“Mana-mana kelab pun saya OK, asalkan ia sesuai dan mampu buka peluang lebih baik kepada saya dapat lebih banyak pengalaman. Apa pun, sebarang tawaran perlulah melalui JDT sebagai majikan saya,” katanya ketika dihubungi oleh Berita Harian.
Congratulations to Safawi Rasid (@safawi37), FFT Southeast Asia's Rising Star! ⚽️👏🔥 pic.twitter.com/fXgQvYac90
— FourFourTwo 🇲🇾 (@FourFourTwoMY) March 14, 2018
Dalam laporan Berita Harian pada Isnin, bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singgh atau lebih dikenali sebagai Shebby menyarankan Safawi agar berhijrah ke luar negera bagi melonjak prestasinya ke tahap yang lebih tinggi.
Tambah pengulas bola sepak itu, Liga M bukan lagi pentas yang sesuai dengan kemampuannya dan mencari liga yang lebih kompetitif agar bakatnya dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya sekaligus membantu perkembangan arena bola sepak negara.
Safawi yang teruja dengan pujian itu menyifatkan beliau hanya memberikan aksi terbaik setiap kali diturunkan oleh jurulatih untuk menghadapi setiap perlawanan.
Safawi tidak pernah rasa puas dengan prestasi semasanya dan menjadikan benua Eropah sebagai destinasi pilihan#BHSukan #SafawiRasid #bola #Eropahhttps://t.co/HqdKsemHq6 pic.twitter.com/eF1jU8Syzi
— Berita Harian (@bharianmy) November 5, 2019
“Setiap kali diturunkan, saya tidak rasa begitu (tahap prestasi lebih baik berbanding bola sepak Malaysia) kerana setiap kali diturunkan, saya hanya fikir untuk fokus dan berikan sehabis baik selagi kudrat saya mampu.
“Saya mahu terus tingkatkan lagi prestasi untuk cuba tampil lebih baik. Saya cuba berikan apa yang termampu dan selebihnya, biarlah orang yang menilai,” katanya.
Pada Julai lalu, Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards memaklumkan terdapat beberapa kelab Jepun dan Korea Selatan berminat untuk mendapatakan pemain berusia 22 tahun itu.