Piala Malaysia: Dua Gol Safawi Rasid Pastikan JDT Di Landasan Pertahan Kejuaraan

Terikat 1-1 di Stadium Darul Makmur, JDT memiliki kelebihan sebagai tuan rumah dalam perlawanan timbal balik peringkat suku akhir Piala Malaysia 2018.

Namun kelebihan itu harus diambil dengan langkah berhati-hati. Pahang adalah pasukan pertama pada musim ini yang menewaskan JDT di kandang sendiri di saingan Piala FA pada April lalu.

Menyedari hakikat itu, juara bertahan Piala Malaysia itu tidak mahu memandang ringan cabaran skuad Tok Gajah.

Kredit foto : JST

Hanya selepas 56 saat, Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos gempita dengan sorakan prnyokong setia Harimau Selatan, apabila percubaan Safawi Rasid menewaskan penjaga gol Pahang, Helmi Eliza.

JDT hampir melebarkan kedudukan selepas itu apabila kesilapan Helmi membenarkan rembatan dari Hazwan Bakri, namun percubaan beliau terkena palang.

Pahang cuba mengatur gerakan dalam usaha memburu gol penyamaan, namun gerakan Patrick Cruz dan Norshahrul Idlan Talaha gagal disudahkan oleh Amutu pada minit ke-19 perlawanan.

Kredit foto : JST

JDT turut berpeluang melebarkan kedudukan pada babak pertama perlawanan melalui Gonzalo Cabrera namun percubaan peemain dari Argentina itu berjaya ditampan oleh Helmi pada minit ke-26 perlawanan sebelum sepakan percuma pemain tersebut melambung tinggi pada minit ke-39.

Jaringan Cabrera pada minit ke-43 pula dibatalkan pengadil kerana sudah pun berada di posisi offsaid. Babak pertama perlawanan tamat dengan JDT mendahului 2-1 secara agregat.

Bermula babak kedua perlawanan, Pahang melakukan pertukaran pemain dengan mengeluarkan Amutu dan memasukkan Zuhair Aizat.

Kredit foto : JST

Tidak banyak boleh diperkatakan selepas babak kedua pelawanan bersambung.

Cabrera melakukan percubaan jarak jauh pada minit ke-64 namun bola terus kepada Helmi. Selang dua minit kemudian, hantaran Safawi mencari penyerang import itu berjaya dikeluarkan pertahanan lawan.

Namun pada minit ke-72 perlawanan, larianbijak  Safawi menewaskan kawalan beberapa pemain pertahanan Pahang, sebelum menolak masuk menewaskan Helmi untuk gol kedua peribadi dan JDT dalam perlawanan ini.

Ketinggalan secara agregat 3-1 bermakna Pahang memerlukan dua gol untuk melayakkan diri ke separuh akhir.

Kedudukan kekal 2-0 sehingga wisel penamat, sekaligus mengesahkan JDT layak ke separuh akhir Piala Malaysia, menewaskan Pahang dengan agregat 3-1.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN