SCL2018: NPNG Damansara Damai Leburkan ‘Ego’ Duta ZXIV

NPNG FC

NPNG Damansara Damai FC membuktikan kejaguhan mereka selepas menundukkan satu lagi pasukan pilihan, Duta ZXIV 2-0 di Arena MPSJ, sebentar tadi.

Kekalahan yang mengakibatkan Duta ZXIV mengalami kekalahan pertama selepas cemerlang memungut tiga mata penuh pada dua perlawanan lalu.

Pertemuan dua pasukan yang merupakan calon bagi menjuarai saingan edisi musim ini memperagakan aksi yang bertenaga sejak dari awal permainan.

Pengalaman para pemain NPNG Damansara Damai FC serta keupayaan Duta ZXIV beraksi dengan corak permainan kemas jelas menghiburkan penyokong yang hadir.

Mohd Lukhman Noor Hakim hampir meletakkan NPNG FC di hadapan pada minit ke-11 selepas beliau yang mendapat hantaran lambung cantik dari Ravindran A/L Krishnan dari tengah padang.

Bagaimanapun, percubaan lambung yang dilakukan Lukhman sedikit tersasar di sebelah kanan pintu gol ketika penjaga gol Duta ZXIV, Nor Eqram Azray Suzhaimi sedikit berada di luar posisinya.

Berselang lima minit kemudian, NPNG FC yang berjaya menenggelamkan sedikit aksi Duta ZXIV terus mengancam kubu lawan tersebut menerusi Ravindran.

Sepakan voli yang dilepaskan Ravindran bagaimanapun berjaya ditepis keluar Nor Eqram untuk menyelamatkan gawangnya.

Tidak cukup dengan percubaan itu, NPNG FC datang lagi dengan serangan berbahaya apabila Muhammad Ridhwan Johan melakukan tandukan ke arah gol Duta ZXIV tetapi ketangkasan Nor Eqram sekali lagi menggagalkan usaha yang dicipta.

Tandukan ke belakang pertahanan NPNG FC, Ahmad Dashila Tajudin hampir membawa padah apabila tandukannya sedikit mengelirukan Mohd Zaidi Razlee.

Penjaga gol NPNG FC itu bagaimanapun berjaya mengawal keadaan dengan baik.

NPNG Damansara Damai FC akhirnya berjaya mencipta jaringan pada minit ke-47 menerusi Ridhwan Johan.

Bermula dari percubaan Lukhman Noor Hakim yang ditepis keluar Nor Eqram, Ridhwan Johan yang tidak dikawal berjaya melepaskan rembatan bagi menghadiahkan jaringan pembukaan buat NPNG FC.

Pemain tengah kreatif Duta ZXIV, Mohd Syazmin Firdaus Mohd Aminuddin kecewa selepas percubaan sepakan percuma dari jarak jauhnya begitu cantik tetapi Zaidi lebih tangkas menafikan percubaan tersebut.

Ketika perlawanan semakin menghampiri penghujung, pemain gantian, Ismail Mamat menoktahkan perjuangan Duta ZXIV untuk jaringan kedua buat NPNG FC.

Pemain terbaik perlawanan: Mohd Lukhman Noor Hakim (NPNG Damansara Damai FC)

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN