Safawi Akui Perlu Usaha Lebih Keras, Akhyar Anggap Terengganu Pencabar Kejuaraan

Safawi Rasid dan Akhyar Rashid secara rasminya menamatkan teka teki ramai peminat bola sepak tempatan mengenai perjalanan mereka musim hadapan, apabila kedua bintang negara itu sah menyertai Terengganu dengan status pinjaman.

Ianya diperkenalkan secara rasmi sebelum itu melalui laman rasmi pasukan berkenaan dengan ucapan selamat datang diberikan serta mendapat maklum balas cukup positif dalam kalangan penyokong.

Nama Safawi sebenarnya bukan lagi sesuatu asing dalam dunia bola sepak Terengganu, apabila beliau memulakan segalanya di sana sebelum terus berjaya bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).

Musim lalu menyaksikan segalanya sedikit suram buat Safawi untuk mendapat ruang beraksi, sebelum beliau sah dilepaskan oleh Harimau Selatan menerusi status pinjaman kepada Terengganu.

Bawah kendalian Tomislav Steinbruckner, ini menjadi detik kedua buat pemain berkenaan bekerjasama dengan jurulatih tersebut, apabila beliau mula bersinar suatu ketika bersama pengendali dari Croatia itu.

Menurut Safawi, beliau akui perlu berusaha lebih keras jika mahu merebut kesebelasan utama bersama Sang Penyu serta ingin menggunakan segala pengalaman dimiliki untuk membantu meraih kejuaraan.

Sementara Akhyar pula dianggap sebagai pengganti terbaik buat bekas pemain import musim lalu, Sony Norde yang telah pun dilepaskan pasukan tersebut terdahulu secara rasmi.

Bakal menyarung jersi nombor 33, Terengganu menyifatkan Akhyar sebagai seseorang yang sangat menyakinkan menerusi pengalaman beliau bersama JDT serta pasukan kebangsaan.

Menerusi pandangan pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu, Terengganu merupakan salah satu pasukan yang sangat konsisten untuk menjadi salah satu gergasi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Malah, Akhyar juga menyifatkan Terengganu selaku pencabar kejuaraan pada musim lepas bawah sentuhan berbisa Steinbruckner dalam saingan domestik.

Tanpa berselindung, Akhyar akui sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada pemain Terenggamu untuk saingan hadapan dan menyedari persaingan sengit bakal dihadapinya untuk merebut kesebelasan utama pasukan.

Namun bagi Akhyar, beliau sudah terbiasa dengan perkara tersebut kerana persaingan untuk mendapatkan tempat di pasukan lamanya iaitu JDT sudah terbukti cukup sengit dan hebat.

Apa yang penting bagi pemain tersebut, beliau akan cuba memberikan yang terbaik dalam latihan dan juga perlawanan untuk menunjukkan kualiti yang ada pada dirinya selain mempunyai misi untuk membantu Terengganu memburu kejuaraan musim ini.

Sumber:
Terengganu FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN