Bekas Pemain Kebangsaan Nigeria Bakal Perkukuh Negeri Sembilan Musim 2024/2025

Bekas pemain kebangsaan bawah 17 (B-17 Nigeria iaitu Aliyu Abubakar dilaporkan bakal menjadi rekrut terbaharu buat Negeri Sembilan untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.

Laporan itu dikeluarkan sendiri melalui wartawan Astro Arena iaitu Fadhirul Shuhaimi menerusi media sosial X beliau dengan menyatakan Aliyu bakal memperkuatkan Negeri Sembilan musim akan datang.

“Difahamkan tonggak pertahanan kelahiran Nigeria, Aliyu Abubakar bakal memperkuatkan Negeri Sembilan FC musim 2024/2025.

“Pemain berusia 27 tahun ini pernah beraksi di liga utama beberapa buah negara seperti Finland, Belarus & Kazakhstan,” jelas Fadhirul mengenai perkara tersebut.

Untuk rekod, Aliyu merupakan salah satu pemain yang membawa kejayaan buat Nigeria B-17 untuk menjuarai Piala Dunia B-17 pada tahun 2013 seleoas mereka menewaskan Mexico menerusi keputusan 3-0.

Malah, Aliyu juga merupakan rakan sepasukan kepada bintang handalan seperti Kelechi Iheanacho ketika itu sebelum membuka mata beberapa kelab untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut.

Sepanjang bergelar pemain profesional, Aliyu telah pun menyertai banyak kelab di serata negara seperti Bosnia & Herzegovina, Kazakhstan, Finland, Georgia serta lain-lain.

Jika segalanya berjalan lancar, kehadiran Aliyu boleh dianggap cukup penting buat Negeri Sembilan sebenarnya untuk saingan hadapan selepas mereka kehilangan khidmat Mark Herold Goulon yang tidak bersama mereka lagi musim hadapan.

Pemain berusia 27 tahun itu dianggap memiliki pakej cukup baik daripada segi pengalaman serta corak permainan beliau yang lasak untuk menghentikan sebarang ancaman serangan lawan.

Malah, beliau yang memiliki ketinggian 1.88 meter itu juga mempunyai kelebihan cukup baik untuk memenangi perebutan bola di udara serta berdisiplin menjaga zonnya.

Selain beraksi di posisi pertahanan tengah, Aliyu juga boleh menjalankan tugas beliau dengan baik di posisi kiri serta kanan dalam situasi bertahan mengikut kesesuaian taktikal.

Negeri Sembilan yang membuat sedikit rombakan untuk saingan hadapan, sehingga kini masih belum menyatakan secara rasmi pemain baharu mereka membabitkan slot tempatan serta import.

Selain Aliyu, beberapa nama lagi turut dikaitkan bersama Negeri Sembilan untuk saingan hadapan menerusi media sosial, namun kesahihan sebenar masih lagi belum diketahui sehingga kini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN