Pemain Indonesia Terima Penilaian Rendah Daripada Media Di England

Pemain kebangsaan Indonesia, Elkan Baggott tidak memulakan perjalanan awal beliau bersama pasukan baharunya di England iaitu Bristol Rovers dengan baik apabila aksinya menerima kritikan serta penilaian rendah daripada media setempat.

Terdahulu, Baggott secara rasminya menyertai saingan EFL League One di England bersama Bristol Rovers dengan membawa status selaku pemain pinjaman bagi baki musim 2023/2024.

Penyertaan beliau bersama Bristol disebabkan pertahanan itu ingin mendapat lebih banyak minit permainan selepas beliau sedikit tersisih daripada kelab asalnya di saingan Championship, Ipswich Town.

Terbaharu, Baggott gagal untuk membantu pasukan tersebut mencapai kemenangan di saingan EFL League One buat kali kedua berturut-turut dengan kali ini mereka tewas kepada Burton menerusi keputusan 1-2.

Tampil dalam kesebelasan utama untuk kali kedua berturut-turut selaku pertahanan tengah Bristol, pemain muda Sang Garuda itu masih sukar untuk menyesuaikan diri bersama rakan sepasukan lain.

Jika diikutkan pada aksi tersebut, pasukan diwakili Baggott jelas lebih banyak mendominasi perlawanan menerusi statistik sebanyak 69% di halaman sendiri.

Namun ketumpulan di posisi serangan serta barisan pertahanan tidak konsisten menyaksikan mereka pulang hampa tanpa sebarang mata untuk kali kedua berturut-turut serta mendapat kritikan segelintir penyokong di media sosial.

Kekalahan itu juga menyaksikan Bristol berada di tangga ke-12 saingan EFL League One dan merekodkan 13 kekalahan buat pasukan tersebut pada baki saingan musim 2023/2024.

Menerusi perkongsian media setempat, BristolWorld, Baggott menjadi antara pemain menerima penilaian rendah serta mendapat kritikan atas corak permainnnya kurang memberansangkan.

“Sukar untuk menghadapi fizikal Brewers (gelaran Bristol Rovers) dan tidak terlalu tajam, tidak mampu mengatasi kepantasan barisan serangan Burton,” tulis kenyataan tersebut.

Sehingga kini, pemain kebangsaan Indonesia tersebut telah pun diberi peluang tiga kali beraksi bersama Bristol dengan sekali bermula di bangku simpanan pada awal penampilannya buat kelab itu.

Walaupun menerima kritikan, Baggott sekurangnya kini mungkin sedikit berpuas hati apabila beliau diberikan lebih banyak peranan penting bersama pasukan tersebut berbanding ketika mewakili Ipswich Town.

Malah, ianya masih awal buat pemain tersebut, dan beliau masih memiliki lebih banyak masa untuk tampil menonjol bersama Bristol Rovers sehingga saingan liga tersebut tamat pada 27 April akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN