Sadio Mane Tidak Akan Ubah Cara Permainannya Walaupun Terima Kad Merah Bertemu Manchester City

Sadio Mane

Pemain Liverpool, Sadio Mane berkata yang beliau tidak akan mengubah cara permainan dan menegaskan tidak akan terlepas dari membuat asakan seperti yang dilakukan ketika menentang Manchester City yang mengakibatkan beliau menghadapi hukuman penggantungan selama 3 perlawanan.

Pemain antarabangsa Senegal itu menjadi tumpuan pada minggu lalu apabila diperintahkan keluar padang selepas asakan keras yang dilakukan terhadap penjaga gol Manchester City, Ederson Moraes.

Liverpool telah membuat rayuan berkenaan tempoh hukuman tersebut namun ditolak oleh FA England.

Mane akan terlepas aksi menentang Burnley pada minggu ini di Anfield dan dua kunjungan ke Leicester City pada minggu hadapan, menjelaskan bahawa beliau tidak berniat untuk mengasari Ederson tetapi tidak akan menyerah diri sekiranya keadaan seumpama itu terjadi lagi.

”Sejujurnya, selepas ini saya perlu mendapatkan bola terlebih dahulu berbanding dia (penjaga gol), saya akan melakukan yang terbaik,” kata Sadio Mane.

Insiden yang mengakibatkan Mane diberikan kad merah oleh John Moss. Kredit foto: Metro UK

”Niat saya bukan untuk mencederakan penjaga gol. Ia adalah teruk dan saya mengharapkan dia (Ederson) cepat menjalani pemulihan untuk kembali sihat.”

“Ia tidak mudah untuk saya kerana saya sentiasa suka bermain bola sepak dan menikmatinya, terutama untuk membantu pasukan saya memenangi perlawanan.”

”Saya lebih menumpukan pada (Ederson yang terbaring di padang) jadi apabila saya melihat kad merah saya terkejut kerana menjangkakan mungkin kad kuning. Saya cuba menerimanya dan usaha untuk melupakan.”

”Ia adalah satu asakan terhadap bola, saya melakukan sentuhan dan ia adalah satu perkara yang saya tidak mahu berlaku. Ianya sebahagian daripada bola sepak, saya memohon maaf kepadanya. Ini adalah sebahagian daripada bola sepak dan saya tidak mampu mengubah segalanya.”

Satu perkara yang perlu diperbaiki oleh Liverpool ketika ketiadaan Mane ialah cara membimbangkan apabila terus melepaskan gol yang mudah, satu keadaan yang sekali lagi ditonjolkan pada seri 2-2 Liga Juara-Juara Eropah menentang Sevilla.

Jurgen Klopp mengakui keadaan ini perlu diperbaiki dan pemainnya perlu sedar akan perasaannya.

‘Kita perlu belajar dari ini (menentang Sevilla) dan memastikan ia tidak berlaku lagi,’ kata Joel Matip, pemain pertahanan tengah Cameroon itu.

‘Setiap pemain bertindak untuk bertahan. Kedua-dua gol (yang dibolosi) tidak kelihatan terlalu bagus. Kami perlu melakukannya lebih baik pada masa akan datang. ‘

Sumber :

Mail Online (2017) – http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-4886158/Liverpool-star-Sadio-Mane-not-change-game.html

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN