Sadio Mane Derma 300 Jersi Liverpool Untuk Warga Kampung Beliau Di Senegal

Ini merupakan sebuah definisi kepada tidak lupa daratan.

Bintang Liverpool, Sadio Mane telah melakukan usaha murni apabila menderma sebanyak 300 jersi Liverpool untuk warga kampung beliau yang terletak di Bambali, Senegal.

Perbuatan ini adalah dengan harapan seluruh warga kampungnya akan menyarung jersi itu sambil menyaksikan aksi beliau bersama Liverpool dalam perlawanan akhir UEFA Champions League (UCL) menentang Real Madrid.

LIVERPOOL, ENGLAND – APRIL 04: Sadio Mane of Liverpool runs with the ball during the UEFA Champions League Quarter Final Leg One match between Liverpool and Manchester City at Anfield on April 4, 2018 in Liverpool, England. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Tindakan murni Mane ini bagaimana pun mempunyai satu nilai sentimental disebaliknya.

Ia bermula 13 tahun yang lalu di malam Liverpool mendakap kejuaraan UCL selepas menewaskan AC Milan dengan cara yang paling bergaya.

“Saya masih ingat lagi pada perlawanan tersebut, saya menonton perlawanan tersebut bersama-sama dengan rakan saya.”

“Ketika perlawanan ini Liverpool sudah ketinggalan 3-0 dan rakan saya itu telah berlari pergi kerana terlalu kecewa.”

“Namun selepas Liverpool menjaringkan 3 gol semula, beliau kembali ke dan amat tidak percaya dengan apa yang berlaku.”

Mane ketika itu menonton perlawanan tersebut dengan rakan beliau bernama Youssouph Diatta yang amat meminati Liverpool.

“Pada waktu itu, beliau merupakan peminat Liverpool dan saya minat Barcelona.”

“Tetapi kini saya bermain di perlawanan akhir bersama Liverpool dan ianya satu pencapaian mengagumkan. Saya berharap kami akan memenanginya.”

LIVERPOOL, ENGLAND – APRIL 24: Sadio Mane of Liverpool celebrates after scoring his sides third goal during the UEFA Champions League Semi Final First Leg match between Liverpool and A.S. Roma at Anfield on April 24, 2018 in Liverpool, United Kingdom. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Walaupun kini sudah berada di puncak dunia, Mane masih tidak melupakan asal usulnya.

Beliau masih lagi berhubung dengan keluarga serta rakan-rakan beliau di Senegal.

“Saya ada bercakap dengan Diatta tempoh hari dan beliau pesan jangan boloskan 3 gol.”

Mane akan kembali ke Senegal selepas melengkapkan tugasan antarabangsa bersama Senegal di Piala Dunia di Rusia.

Beliau semestinya berharap dapat pulang ke kampung halaman dengan membawa pingat pemenang UCL untuk ditunjukkan kepada warga kampungnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN