Beckham Kagum Dengan Kejayaan Zidane Sebagai Pengurus, Mahu Real Madrid Tewaskan Liverpool

Sejak dahulu, bekas kapten England iaitu David Beckham amat meminati bekas kapten Perancis – Zinedine Zidane.

Ia ibarat mimpi menjadi kenyataan buat Beckham apabila beliau berjaya beraksi bersama-sama Zidane di Real Madrid satu masa dahulu.

Kini kedua-duanya membawa haluan sendiri dalam bola sepak dengan Zidane seperti semua tahu menjadi pengurus Real Madrid dan bakal berhadapan dengan satu lagi perlawanan besar dalam karier pengurusannya.

David Beckham dan Zinedine Zidane sewaktu beraksi bersama-sama di Real Madrid satu ketika dahulu.

Zidane dan Real Madrid bakal berhadapan Liverpool dalam perlawanan akhir UEFA Champions League di Kiev pada pagi Ahad ini waktu Malaysia.

Sebagai bekas rakan sepasukan, Beckham jelas gembira dan kagum dengan kejayaan yang ditunjukkan oleh Zidane sepanjang menjadi pengurus.

“Saya ingin ucapkan tahniah kepada Zinedine Zidane diatas kejayaan beliau yang cukup mengagumkan setakat ini bersama Real Madrid.”

Dalam masa yang sama, Beckham mempunyai mesej yang jelas kepada Zidane – tewaskan Liverpool di perlawanan akhir.

Real Madrid

“Saya ucapkan semoga berjaya buat Zidane, Presiden Real Madrid dan kelab ini dalam perlawanan akhir UEFA Champions League.”

“Dan tolong tewaskan Liverpool!”

Sentimen kelab England nyata tidak ada dalam diri Beckham untuk perlawanan ini.

Mana tidaknya, selain pernah bermain untuk Real Madrid Beckham juga seorang bekas pemain Manchester United yang merupakan musuh tradisi Liverpool di England!

Semoga berjaya buat kedua-dua pasukan untuk perlawanan akhir ini. Siapakah pilihan anda?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN