Sebelum ini timbul isu Sabah FC tidak melepaskan Saddil Ramdani untuk bermain bersama Indonesia di Sukan SEA 2021 yang berlangsung di Vietnam, namun isu itu akhirnya telah diselesaikan sebelum kejohanan bermula.
Dimaklumkan bahawa Sabah hanya bersedia melepaskan Saddil untuk satu perlawanan sahaja iaitu berdepan Vietnam dalam aksi pertama Kumpulan A, Sukan SEA yang berlangsung pada 06 Mei yang lalu. Dan ia telah dipersetujui antara kedua-dua pasukan, sama ada Sabah dan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI).
Namun, jika diamati, kenyataan daripada Sabah adalah beliau akan dilepaskan seawal aksi berdepan Vietnam dan perlu kembali ke Kota Kinabalu pada 10 Mei untuk dua aksi – berdepan Kelantan United dan Penang FC.
“Satu persetujuan dicapai untuk membenarkan Saddil [Ramdani] menyertai skuad B-23 Indonesia agar dapat membantu pasukan [tersebut] pada perlawanan pertama menentang Vietnam pada 6 Mei ini.
“Namun, Saddil perlu kembali ke Kota Kinabalu pada 10 Mei bagi menghadapi dua perlawanan penting Sabah FC iaitu Piala FA melawan Kelantan United pada 13 Mei dan Pulau Pinang pada 17 Mei.”
Sabah FC, 28 April 2022
Tiada kenyataan tentang satu perlawanan. Saddil perlu memastikan dirinya berada di Sabah pada 13 Mei.
Dan terbukti, Saddil berada di Sabah untuk aksi pusingan kedua Piala FA berdepan Kelantan United yang menyaksikan mereka menang 2-1. Menariknya, Saddil adalah penjaring gol kemenangan buat mereka.
Pemain berusia 23 tahun itu turut menjadi tonggak penting untuk The Rhinos menumbangkan Penang 4-2.
Sebaik sahaja menang bergaya ke atas Penang di Stadium Bandaraya pada 17 Mei, kelibatnya tampak berada di atas padang ketika saingan separuh akhir Sukan SEA, Indonesia berdepan Thailand pada 19 Mei. Dalam masa dua hari berselang, Saddil tampil beraksi dalam dua perlawanan, untuk kelab dan kemudian skuad negara.
Saddil Ramdani tampil moncer bersama Sabah FC di Liga Super Malaysia. Cek selengkapnya di sini. #SaddilRamdani https://t.co/VPHVnJ9iS0
— JPNN.com (@jpnncom) May 17, 2022
Ini mungkin sedikit kronologi pergerakan Saddil dalam tempoh sebulan untuk bersama dua pasukan:
24 April: Sabah 4-0 Kedah Darul Aman
06 Mei: Indonesia 0-3 Vietnam
10 Mei: Indonesia 4-1 Timor Leste (1 gol, 2 bantuan gol)
13 Mei: Sabah 2-1 Kelantan United (1 gol)
17 Mei: Sabah 4-2 Penang
19 Mei: Indonesia 0-1 Thailand
Beliau tidak beraksi dalam semua perlawanan yang melibatkan Indonesia B-23 di Sukan SEA tetapi tetap meninggalkan impak. Beraksi dalam tiga perlawanan, beliau menyumbang satu gol dan dua bantuan gol.
Beliau tidak beraksi ketika Garuda Muda membenam Filipina 4-0 dan kemudian menang 3-1 ke atas Myanmar.
Di separuh akhir barulah kelibatnya kembali ditagih, itupun selepas terlibat bersama Sabah dua hari sebelum.
Cuba perhatikan ruang masa antara perlawanan-perlawanan di atas yang melibatkannya dengan dua pasukan.
🇮🇩 Demi Merah Putih 🇮🇩
"Fokus kuatkan mental dan lawan rasa lelah" – Saddil Ramdani
Saddil rela melakukan perjalanan panjang, bolak-balik Malaysia-VIetnam demi membela #Indonesia di #SEAGames tahun ini 😎 pic.twitter.com/9dj6XJC6zd
— GOAL Indonesia (@GOAL_ID) May 19, 2022
Betapa hebat Saddil apabila dalam tempoh yang singkat, beliau mampu memberi kudratnya kepada dua pasukan yang bermain di dua buah negara yang berbeza iaitu Malaysia dan Vietnam. Ini bermakna beliau berulang-alik antara Malaysia dan Vietnam untuk memastikan kedua-dua pasukan dibelanya secara adil.
Ini komennya tentang perjalanan dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Hanoi, sebelum aksi berdepan Thailand.
“Kami selesai perlawanan berdepan Penang jam 12 malam. Kami makan dan berehat, tetapi Saddil berehat beberapa jam sahaja dan bersedia untuk berangkat jam 4.30 pagi ke Kuala Lumpur. Selepas sejam, Kuala Lumpur ke Hanoi pula. Dan tadi jam 3.30 petang [waktu Vietnam] sudah sampai dan terus sertai latihan.
“Pastinya penat tetapi tetap cuba bersemangat. Paling penting adalah pantang menyerah. Alhamdulillah, Saddil hanya boleh bersyukur dan terima apa yang sedang dilakukan sekarang [ulang-alik Malaysia dan Vietnam] dan semoga perkara positif di Sabah [yang dilakukan] akan membantu menular di skuad negara.”
Saddil Ramdani, GOAL Indonesia
Umpama seorang patriot – pembela negara, kecintaannya terhadap negaranya mengatasi segalanya dan Saddil sanggup berkorban sedayanya untuk memastikan beliau dapat membela negaranya saat kudratnya diperlukan.