Brad Maloney Terapkan Strategi Blok Rendah Kegemaran Diego Simeone, Ini Penjelasan Tentangnya

formasi bertahan Malaysia Vietnam Sukan SEA 2021

Pengendali Harimau Muda, Brad Maloney dilihat telah tampil dengan formasi taktikal yang sama, namun lebih mengamalkan strategi blok rendah dalam usaha untuk mengekang Vietnam daripada menjaringkan gol.

Gol Vietnam hanya hadir di minit ke-110, sepuluh minit menuju ke wisel penamat masa tambahan 30 minit.

Ia dijaringkan oleh penyerang senior, Nguyen Tien Linh – satu pelaburan yang berbaloi untuk membawanya.

Sukan SEA: Padah Beri Sepakan Percuma Punca Malaysia Ditumbangkan Vietnam

Malaysia telah gagal mara ke final, namun satu perkara yang positif adalah pasukan ini mempunyai daya tahan yang sangat kuat walaupun merupakan skuad termuda dikalangan semifinalis di Sukan SEA 2021 kali ini.

Jika dilihat, Malaysia tampil dengan kelainan dari segi saat kehilangan bola atau bola berada di pihak lawan.

Malaysia akan turun membentuk formasi bek berlima seperti biasa dan mereka akan lebih kompak di bawah.

formasi bertahan Malaysia Vietnam Sukan SEA 2021
Situasi ketika Malaysia bertahan dengan asakan Vietnam

Inilah yang dipanggil strategi blok rendah apabila pasukan memenuhi defensive third bagi menyukarkan lawan.

Bukan hanya memenuhkan defensive third, untuk strategi blok rendah ini, hampir semua pemain akan berada di kawasan sendiri iaitu lebih ke bawah apabila pasukan sedang diserang. Keutamaan strategi ini adalah untuk mendapatkan bola dengan tidak memberikan sedikit ruang pun kepada pasukan lawan untuk menyerang.

formasi bertahan Malaysia Vietnam Sukan SEA 2021 2
Situasi ketika Malaysia bertahan dengan asakan Vietnam dari sebelah sayap

Ia memberikan hasil kepada skuad negara. Tetapi hanya untuk aspek ketika bertahan sahaja yang tampak cemerlang. Ketika mengatur serangan dari bawah, skuad negara tiada variasi untuk menyukarkan Vietnam.

Disebabkan itu skuad negara tampak buntu untuk meledak gol, ditambah pula mensia-siakan situasi bola mati.

Ini salah satunya di mana Malaysia memiliki peluang untuk meledak gol menerusi situasi bola mati, namun tandukkan pemain gantian Safwan Mazlan jauh melewati palang gol selepas menerima bola dari sepakan percuma Nik Akif Syahiran. Ia bukanlah tandukkan untuk menjaringkan gol, tetapi tandukkan clearance.

peluang Malaysia Vietnam Sukan SEA 2021
Peluang keemasan skuad negara menerusi tandukkan Safwan Mazlan

Ia terhasil di minit ke-85 dan mampu memadamkan api perjuangan Vietnam secara total jika disudahkan.

Mengapa strategi Brad Maloney ini dikaitkan dengan Diego Simeone? Beliau adalah antara pengendali yang menggemari strategi sebegini sepanjang beliau di Atletico Madrid khususnya sejak kebelakangan ini.

Begitupun perbezaannya adalah, sebelum ini Simeone menggunakan formasi 4-4-2 untuk strategi sebegini. Semua pemainnya akan turun lebih ke bawah ketika mereka tiada penguasaan bola. Sejak musim 2020/21, beliau menambah seorang lagi pertahanan membentuk formasi bek berlima – menurut Coaches Voice.

Diego Simeone Atletico Madrid La Liga
Strategi blok rendah Atletico Madrid bersama Diego Simeone

Selain Simeone, Jose Mourinho juga dilihat pernah menggunakan strategi sebegini ketika mengendalikan Manchester United, Tottenham dan Inter Milan. Tetapi, Mourinho lebih variasi dalam susunan formasinya.

Kelebihan strategi sebegini adalah menyukarkan lawan mencipta peluang untuk meledak gol. Dan skuad muda negara berjaya menghalang Vietnam mencipta peluang mahupun melakar jaringan sepanjang 109 minit aksi. Kesilapan penjaga gol, Azri Ghani yang keluar tetapi gagal mendapatkan bola adalah punca Malaysia dibolosi.

Strategi ini juga baik untuk tidak terlalu memenatkan pasukan berbanding bermain dengan pressing yang tinggi. Ia baik untuk pasukan yang tidak mahu dibolosi ketika berdepan pasukan yang sangat offensive dan agresif.

Berdepan Indonesia untuk penentuan pingat gangsa nanti diharapkan akan ada variasi kepada gaya permainan Harimau Muda terutamanya ketika membuat counter attack atau dalam situasi bola mati. Ini kerana, berbanding Vietnam, Indonesia sebenarnya dilihat lebih baik dalam menyudahkan peluang selain finalis – Thailand.

Leave a Reply