Kemenangan ke atas Deportivo Alaves diharapkan menjadi permulaan terbaik untuk Eden Hazard memacu prestasinya di Real Madrid selepas mengharungi 18 bulan yang boleh dianggap sebagai ‘pembaziran’ di dalam kariernya.
Jaringannya dalam perlawanan La Liga tersebut merupakan gol keempatnya sejak melengkapkan perpindahan dari Chelsea yang bernilai €100 juta dan mengikat kontrak selama lima tahun dengan gaji kira-kira €400,00 seminggu
Maka sudah pasti pemain kebangsaan Belgium itu tidak mahu rekod buruk itu berterusan dan perllu segera mendapatkan sentuhan terbaiknya untuk kembali menjadi peledak berbahaya di hadapan gol lawan.
Eden Hazard has both scored and assisted in an away league game for Real Madrid for the first time.
The last time he did so was in Chelsea colours (Dec 2018 vs. Brighton). pic.twitter.com/T3QSOHI8pQ
— Squawka (@Squawka) January 23, 2021
Hazard yang bergandingan dengan Ferland Mendy di bahagian kiri jentera pasukan berjaya mencipta jaringan Karim Benzema dan kemudian mencetak gol pada penghujung separuh masa pertama perlawanan.
Pemain sayap berusia 30 tahun tersebut telah dikeluarkan pada minit ke-63 diganti oleh Vinicius Jr dan kemudian telah diumumkan sebagai pemain terbaik perlawanan.
Tentunya beliau memerlukan masa untuk mengembalikan tahap kecergasannya agar dapat beraksi penuh 90 minit untuk perlawanan-perlawanan yang akan datang.
Apa yang penting adalah semua pihak terutamanya penyokong The Los Blancos bersabar menantikan tiba saatnya Hazard mencipta impak yang diharapkan seperti mana yang pernah dikecapinya ketika bersama Chelsea satu ketika dahulu.
IT’S OFFICIAL! Eden Hazard has now achieved his 100th career Man of The Match since 09/10. He is now the third player to ever achieve this, after Lionel Messi and Cristiano Ronaldo.
Belgian excellence 🔥🇧🇪 pic.twitter.com/YpsfWQSctO
— Armin 🇧🇪 (@ArminCFC_) January 23, 2021
Apatah lagi untuk pemain berkenaan berdepan dengan tekanan yang tinggi beraksi di sebuah kelab paling berjaya dalam sejarah bola sepak Eropah.
Real Madrid yang kini berada di tangga kedua liga ketinggalan empat mata di belakang pendahulu Atletico Madrid yang mempunyai kelebihan dua perlawanan dalam tangan.
Pengurus kelab Zinedine Zidane kini sedang ‘direhatkan’ kerana positif COVID-19. Beliau mungkin akan sekali lagi terlepas untuk aksi La Liga berdepan Levante pada 30 Januari ini.
Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Eden Hazard dan Real Madrid:
11 Pemain Muda Berbakat Real Madrid Yang Hancur Di Tangan Zidane
Ketahui 5 Dosa-Dosa Zinedine Zidane Kepada Real Madrid Punca Beliau Harus Dipecat