Setelah menunjukkan prestasi amat baik dalam pertemuan lalu menentang Sri Pahang, kini Sabah pastinya mahu meneruskan momentum tersebut untuk terus mencabar posisi utama kejuaraan Liga Super 2022.
Tampil dengan pemain import baharu serta kepulangan kembali penyerang mereka dari Indonesia iaitu Saddil Ramdani, pastinya Sabah bakal memberikan tentangan sengit buat barisan pertahanan Selangor malam ini di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Jose Embalo has joined Sabah. #MFLTransfer2022 #MSL2022 pic.twitter.com/sT5Omt6Z9O
— T. Avineshwaran (@avineshW90) June 23, 2022
Kemungkinan besar juga aksi penyerang baharu mereka, Jose Embalo bakal dibawa turun dalam aksi pertama beliau untuk mempertajamkan posisi serangan Sabah setelah kelab tersebut menggugurkan Neto Pessoa baru-baru ini.
Walaupun begitu, segala-galanya perlu dinilai berdasarkan tahap kecergasan penyerang berusia 29 tahun ini sama ada sesuai atau tidak dibawa beraksi.
🔥 Hari perlawanan!
Johor Darul Ta'zim 🆚 PJ City FC
Selangor FC 🆚 Sabah FCSaksikan siaran langsung dua perlawanan tertunda LS7 ini di unifiTV, unifi playTV dan YouTube!#LigaSuper2022 pic.twitter.com/gbXW2Ze84D
— Malaysian Football League (@MFL_MY) June 28, 2022
Menurut Datuk Ong Kim Swee selaku pengendali pasukan, pemain tersebut masih baru lagi menjalani latihan bersama rakan sepasukan dan pelbagai faktor perlu dinilai sebelum sedia dibawa turun perlawanan malam ini.
“Kita tidak ingin terburu-buru tetapi jika Embalo menunjukkan keyakinan serta memiliki tahap kecergasan tinggi kemungkinan besar beliau boleh diturunkan sebagai kesebelasan utama malam ini.
“Ini kerana Sabah FC harus berwaspada dan berhati-hati kepada kebangkitan Selangor FC meskipun mereka tewas dengan jaringan besar kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan lalu.
“Sudah tentu Selangor akan lebih bersedia untuk mencipta kemenangan lebih-lebih lagi mempunyai kelebihan bermain dilaman sendiri,”katanya menerusi laman rasmi Sabah.
Selain itu pengendali berpengalaman tersebut juga menuntut agar semua pemain sedia memberi fokus sepenuhnya agar dapat membawa tiga pulang mata sekali gus mengukuhkan kedudukan dalam saingan liga.
“Saya tidak nampak kekalahan Selangor kepada JDT pada perlawanan lalu merupakan satu kelebihan kepada Sabah, malah kita cuba membuat percaturan yang terbaik untuk mencapai keputusan memberangsangkan malam ini,” katanya.
🦏 💥 pic.twitter.com/2bVumn7e8u
— Sabah FC Official (@SabahFCofficial) June 27, 2022
Dalam masa sama, ketika Kim Swee diminta mengulas mengenai status semasa Saddil Ramdani dalam sesi latihan, beliau melihat pemain tersebut sentiasa komited untuk dibawa turun beraksi.
“Saddil merupakan salah satu pemain utama kita namun kesebelasan terbaik The Rhinos hanya akan diumumkan sebelum sepak mula pada hari perlawanan nanti,” katanya.