Sabah Terlepas Saddil Ramdani Tetapi Sahkan Akan Tandatangan Dua Pemain Import

Saddil Ramdani Pahang Liga Super 2019 Sabah

Pengendali baharu Sabah, Kurniawan Dwi Yulianto telah memberi petunjuk mengenai pemain import baharu Sabah untuk saingan Liga Super 2020 yang akan ditandatangani pada minggu depan.

Bercakap kepada The Star, Kurniawan menjelaskan dua pemain itu adalah daripada Amerika Selatan dan menurutnya lagi, mereka masih memburu pemain import untuk kouta Asean yang pada awalnya ditawarkan kepada bekas pemain Pahang, Saddil Ramdani.

Menurut laporan awal oleh Sabah News Today sebelum ini, Sabah mengesahkan sedang menguji dua pemain import dari Brazil dan Argentina iaitu penyerang tinggi lampai, Laerci Gomes Costa dan pemain tengah dari Argentina, Jose Augusto Sardon.

“Kami telah cuba untuk mendapatkan bekas anak buah saya, Saddil Ramdani, tetapi selepas berakhirnya Sukan SEA tempohari, beliau memaklumkan kepada saya, beliau tidak dapat bersama kerana ada beberapa kelab dari Eropah berminat mendapatkannya.

“Untuk pemain Indonesia yang lain, susah untuk kita mendapatkan mereka kerana kebanyakkannya telah menandatangani kontrak panjang bersama pasukan masing-masing,” jelasnya lagi.

Setakat ini, menurut pengendali berusia 43 tahun itu, Sabah telah membawa masuk dua pemain iaitu bekas pertahanan kiri Pahang, Zubir Azmi dan bekas penjaga gol Terengganu FC, Wan Azraie.

Kurniawan diketahui berpengalaman sebagai pembantu jurulatih seperti skuad B-23 Indonesia sebelum menyertai Tambadau, kini berharap tugasan sebagai ketua jurulatih akan berjalan lancar.

Mereka telah meraih pingat perak di Sukan SEA 2019 selepas tewas 0-3 kepada Vietnam di pentas akhir dan selepas tidak ditawarkan kontrak lanjutan, bekas penyerang Indonesia ini memilih untuk menyertai Sabah, yang telah lama cuba memikatnya.

“Saya telah membentang idea saya kepada pihak pengurusan Sabah ketika menjalani kursus diploma AFC di Kuala Lumpur.

“Ini merupakan kali pertama saya bertugas sebagai ketua jurulatih jadi saya amat berharap yang ianya akan berjalan lancar,” ujarnya.

Bercakap mengenai pasukan, pengendali yang dikenali dengan panggilan ‘si kurus’ itu menjelaskan sangat gembira mengendali pemain-pemain seperti Rawilson Batuil, Azzizan Nordin, Ariusdius Jais, Evan Wensley, Wenceslaus dan Stanley Sulong.

Majoriti mereka masih berumur bawah 25 tahun dan Kurniawan memang suka kudrat pemain muda bersesuaian dengan falsafah yang ingin diterapkannya kepada skuad Tambadau nanti.

“Mereka [pemain] mempunyai sikap tidak kenal erti putus asa dan mudah memahami falsafah saya, serangan pantas dan agresif. Dan sangat bagus dapat bekerja bersama pemain muda kerana kita dapat bentuk mereka menjadi lebih baik,” tambahnya lagi.

Kredit Foto: Pahang FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN