Sabah Serba ‘Tempang’ Untuk Berdepan Cabaran Kelantan?

Sabah bakal menghadapi aksi Liga Super 2023 seterusnya berdepan Kelantan hari ini, selepas perlawanan yang sepatutnya berlangsung sebelum itu terpaksa ditunda atas sebab tertentu.

Beraksi di gelanggang berkecuali iaitu Stadium UiTM Shah Alam, pasukan tersebut dijangka bakal menghadapi ujian getir kerana terlepas khidmat beberapa pemain utama mereka untuk berdepan cabaran lawan.

Ketika ini, Sabah sah tidak dapat menggunakan empat khidmat pemain mereka yang masih mempunyai tugasan bersama pasukan negara untuk aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Tanpa kelibat Saddil Ramdani, Darren Lok, Daniel Ting, dan Dominic Tan, pastinya Kim Swee perlu merencanakan taktikal baharu lebih berkesan untuk menghadapi perlawanan ini.

Walaupun masih lagi memiliki kelebihan beberapa tonggak berpengalaman, Sabah pastinya enggan mengambil mudah cabaran Kelantan yang dibarisi ramai pemain muda untuk aksi malam ini.

Menurut pengendali Sabah iaitu Datuk Ong Kim Swee, beliau mahu para pemain Sabah sentiasa berwaspada sepanjang perlawanan berlangsung untuk mengelakkan mereka daripada keciciran sebarang mata.

Apatah lagi, Kim Swee turut menyatakan para pemain Sabah masih lagi keletihan selepas mengharungi aksi perlawanan lebih panjang dan memerlukan komitmen tinggi daripada mereka untuk memungut tiga mata penting.

“Jika dilihat sekarang ini, kami kehilangan empat pemain kerana mereka mengharungi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

“Sebenarnya, bukan mudah untuk mengendalikan empat perlawanan dalam tempoh dua minggu dengan jadual yang banyak membabitkan saingan Liga Super dan Piala AFC.

“Sekarang ini, apa pun boleh berlaku walaupun menentang skuad muda Kelantan FC namun kami perlu berhati-hati,” katanya menerusi laporan telah dikeluarkan sebelum itu oleh Harian Metro.

Pada masa sama, Sabah masih lagi mempunyai sasaran penting mereka dalam saingan Liga Super 2023 untuk berada di kedudukan kelima terbaik pada musim ini.

Berbaki empat perlawanan sebelum saingan liga tamat, Kim Swee menjangkakan beberapa perubahan mungkin berlaku membabitkan pasukan kendalian beliau.

“Kedudukan berubah jika Sabah mampu dapat keputusan yang positif dalam empat perlawanan terakhir.

“Jika kita capai keputusan baik untuk perbaiki daripada sasaran lima terbaik, kita dapat tempat keempat atau ketiga, ia keputusan yang cukup positif,” katanya akhir sekali.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN