Sabah FC menang selesa 4-0 ke atas UiTM FC dan pengendali, Kurniawan Dwi Yulianto berkata yang barisan kejurulatihan mereka semakin berasa lega pada ketika ini.
Bukanlah semata-mata mengenai tiga mata tersebut. Ya, mereka berdepan pasukan yang tercorot di saingan Liga Super musim ini, namun, ada perkara lain yang turut membantu mereka untuk boleh menarik nafas lega semula pada saat ini.
Ungkap pengendali asal Indonesia itu di sidang media, “Perkara yang melegakan barisan kejurulatihan pasukan ketika ini adalah banyak pilihan pemain untuk diturunkan. Jadi, tiada pemain yang merasa dia adalah pemain utama pasukan.”
Tomas Trucha: Sabah Kuat, Anda Boleh Tanya Terengganu Kalau Tak Percaya https://t.co/doKVlaVaFF
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) April 12, 2021
Seperti yang semua tahu, ketika terikat 1-1 menentang Penang FC, Sabah terpaksa merombak besar kesebelasan utama mereka dengan ketiadaan pemain seperti Rawilson Batuil, Azzizan Nordin, Mafry Balang, Sabri Sahar dan Maxsius Musa.
Dan dengan kejayaan mengikat Penang di tempat lawan biarpun membuat perubahan pemain, mereka kian yakin untuk terus memberikan ruang kepada pemain lain untuk beraksi selepas ini. Yang pasti, rentak pasukan sama sekali tidak akan terjejas.
“Persaingan ini [untuk kesebelasan utama] mampu meningkat kualiti pemain-pemain itu sendiri dalam pasukan,” ujar Kurniawan sambil menyatakan kesyukuran atas kejayaan Sabah meraih tiga mata kedua mereka pada saingan musim ini.
Jelas sejak dari awal permainan, The Rhinos memanfaatkan peluang beraksi di halaman sendiri dengan beberapa asakan ke kubu UiTM FC dan tentunya pemain seperti Saddil Ramdani dan Alto Linus menjadi sandaran untuk mencipta ruang.
Kemenangan 4-0 ke atas UiTM sebentar tadi merupakan kemenangan terbesar Sabah sejak kembali beraksi dalam Liga Super, tahun lalu.
Saddil Ramdani mempamerkan aksi terbaik selepas terlibat dalam 3 gol (1 jaringan gol, 2 bantuan gol).#SBHUiTM#LigaSuper2021 pic.twitter.com/rTzQsjnxk5
— Sukanz. (@sukanzcom) April 17, 2021
Dan hasil hantaran lintang Alto Linus berjaya memberikan jaringan pembukaan tuan rumah pada minit ke-28 selepas ia disudahkan oleh Sam Johnson. Sebelum rehat babak pertama, Saddil Ramdani mengukuhkan kedudukan Sabah dengan gol kedua.
Bek tengah, Park Tae-su tampil dengan kejutan apabila merencana asakan seterusnya menyudahkannya untuk gol ketiga di minit ke-50 sebelum gerakan menarik beberapa pemain disempurnakan oleh Bobby Gonzales untuk menambah jurang gol.
Ujar Kurniawan lagi, “Tiga mata yang sangat berharga buat kami. Adakalanya kita terikut tempo permainan lawan dan telah menyebabkan perlawanan menjadi perlahan.”
“Tetapi, paling penting pemain memberi fokus 100 peratus dan tidak pandang rendah UiTM FC. Kita hormat dengan kemampuan pasukan lawan. Mungkin mereka dalam tekanan ketika ini. Kita manfaatkan peluang yang ada,” tambahnya lagi.
Sabah berpeluang kekal di kedudukan terbaik mereka saat kini – kedudukan ke-8 liga, jika PJ City gagal meraih sebarang mata pada malam nanti berdepan Penang FC.
KREDIT FEATURED IMAGE: SABAH FC
Baca lagi artikel lain mengenai Sabah FC:
Kata-Kata Kurniawan Kepada Pemain Sabah Sehingga Berjaya Ledak Gol
Tomas Trucha: Sabah Kuat, Anda Boleh Tanya Terengganu Kalau Tak Percaya
Kurniawan Dwi Yulianto: Karier Kejurulatihan Saya Bakal Bermula Di Luar Negara