Sabah Sedia Selesaikan Isu Tunggakan Gaji Dalam Tempoh Terdekat

Salah satu pasukan yang beraksi di Liga Super musim ini, Sabah menjadi kelab terbaharu yang dilaporkan turut mengalami isu tunggakan gaji dan sudah pun didedahkan pada media sosial sejak kebelakangan ini.

Terdahulu, Kelantan, Negeri Sembilan, dan Kuala Lumpur City menjadi antara yang terawal mengalami masalah tunggakan gaji kepada staf serta para pemain dan menerima kritikan keras daripada penyokong.

Turut mengikuti jejak sama kini iaitu Kedah Darul Aman (Kedah), sehingga satu sidang media telah dibuat untuk menjelaskan kepada umum tentang masalah berkenaan.

Pemilik Kedah: “Penaja Utama Kita Tak Pernah Tarik Diri”

Isu berkenaan tunggakan gaji bukan lagi sesuatu yang baharu, selepas ianya mula menjadi barah dalam kalangan beberapa pasukan sehingga mencemarkan nama bola sepak Malaysia di peringkat antarabangsa.

Melaka dan Sarawak United menjadi dua pasukan paling terkenal pada tahun lalu, selepas masing-masing mengalami masalah pembayaran gaji dan dilaporkan ada sesetengahnya masih belum dilangsaikan oleh kelab.

Sabah yang sebelum itu tampil dengan sangat konsisten dalam persaingan Liga Super serta menjadi salah satu wakil kelab ke saingan AFC, jelas mengejutkan ramai pihak selepas pasukan tarsebut turut tidak terlepas daripada masalah tunggakan gaji.

Ianya didedahkan sendiri melalui salah seorang pemain Sabah bagi skuad bawah 23 (B-23), yang mengakui mereka kini masih belum menerima baki tunggakan gaji di media sosial.

Walaupun begitu, Harian Metro tampil mendedahkan situasi terkini mengenai punca tunggakan gaji berlaku di kem Sabah serta solusi bakal diambil mereka seterusnya.

Jelas sumber kepada Harian Metro, krisis kewangan berlaku kepada Sabah selepas beberapa perubahan dalam kalangan kepimpinan utama, sehingga masalah kewangan turut terjejas.

Walaupun begitu, tunggakan gaji dilaporkan bakal selesai pada masa terdekat dengan suatu perbincangan membabitkan pucuk pimpinan kelab sudah pun dibuat sebelum ini.

“Biasalah berlaku dalam pasukan apabila pucuk pimpinan berubah secara tiba-tiba terdapat beberapa perkara yang sudah dirancang termasuklah membabitkan penaja akan terjejas.

“Tunggakan gaji pemain akan diselesaikan dalam tempoh terdekat ini dan akan pengurusan pasukan akan membuat pengumuman kelak.

“Ketika ini, pengurusan pasukan tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan kerana dibimbangi akan memburukkan keadaan seterusnya menjejaskan momentum pemain untuk mengharungi baki saingan Liga Super,” kata sumber tersebut menerusi Arena Metro.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN