Sabah Yang Kita Kagumi Dalam Kempen Piala Malaysia 2018

Sabah hadir ke Piala Malaysia 2018 sebagai pasukan dengan ranking paling rendah.

Mereka masuk sebagai pasukan yang menamatkan saingan liga di tangga ke-6 iaitu slot terakhir untuk ke Piala Malaysia.

Sasaran separuh akhir

Ketika Sabah berjaya mara ke peringkat kumpulan, Jelius Ating menyatakan yang mereka mensasarkan separuh akhir Piala Malaysia. Ramai yang tergelak kecil dan menganggap ini tak realisitik.

Anda tengok sendiri ada reaksi gelak diberikan kepada artikel yang kami kongsikan ini.

Ramai anggap ianya satu perkara yang kelakar kerana Sabah diletakkan di kumpulan D. Sama kumpulan dengan Selangor, Pahang dan PNKP FC.

Aksi di padang berbicara

Dalam perlawanan pertama mereka mengikat Pahang dengan 1-1 di Stadium Darulmakmur. Pahang antara pasukan pilihan untuk kejohanan kali ini.

Mereka kemudian menang 2 perlawanan seterusnya. Menang 1-0 ke atas PKNP dan menundukkan Selangor 2-1.

Dalam pusingan ke-2, Sabah menang 2 daripada 3 perlawanan mereka. Mereka hanya tewas kepada Pahang 0-4 di tempat sendiri pada perlawanan ke-6.

Pemain Sabah meraikan kemenangan ke atas Selangor. FOTO: Sabah FA

Sabah menamatkan kumpulan D sebagai juara kumpulan. Mereka hanya menjaringkan 8 gol di peringkat kumpulan dan bolos 7.

Kredit foto: Mysumber

Hanya Kelantan pasukan yang mara ke suku akhir menjaringkan gol yang lebih sedikit daripada mereka.

Di peringkat suku akhir, Sabah mengatasi Kelantan secara peraturan tempat lawan. Ini selepas mereka menang 1-0 di Likas dan kemudiannya tewas 2-1 di Kota Bharu.

Sekaligus mengakhiri penantian 7 musim mereka untuk mara ke separuh akhir Piala Malaysia.

Isu luar padang yang mengganggu

Dalam perlawanan separuh akhir mereka akan bertemu dengan pasukan Perak. Dan ketika ini keluarlah cerita yang kurang enak didengar.

Para pemain Sabah dilaporkan berhadapan dengan masalah tunggakan gaji. Itupun mereka tetap mampu mara sehingga ke separuh akhir.

Mereka dibelasah Perak 5-0 di Ipoh. Pengendali mereka Jelius Ating enggan menafikan isu tunggakan gaji yang melanda pasukan mereka menjadi antara sebab pemain beraksi lesu.

Para pemain mereka jelas hilang fokus dalam perlawanan ini Mereka nampak seperti tidak seperti Sabah yang garang di peringkat kumpulan.

Isu tunggakan gaji itu menjadi perhatian ramai dan ramai penyokong Sabah dan peminat bola sepak Malaysia bersimpati dengan para pemain.

Beliau berkata kepada Berita Harian

“Pemain Sabah tidak menunjukkan karakter sebenar seperti dalam perlawanan sebelum ini hingga mampu mara ke separuh akhir.”

“Kami pernah bertemu Selangor dan juga Pahang dan berjaya menumpaskan mereka tetapi malam ini (semalam) mereka tidak menunjukkan persembahan sebenar.”

Beliau memberitahu sudah mencuba untuk memotivasikan pemain. Namun bukan mudah untuk para pemain tidak terganggu kerananya.

“Mungkin (isu gaji) ada kesan. Mereka manusia dan tidak dapat lari daripada memikirkan masalah dihadapi.”

Sabah tetap melawan pada perlawanan ke-2 dan seri 2-2 dengan Perak. Namun defisit 5-0 daripada perlawanan pertama terlalu mustahil untuk mereka atasi.

Jadi, secara keseluruhannya, mereka adalah pasukan Liga Premier yang mara paling jauh dalam kempen kali ini. Mereka melepasi cabaran kumpulan D yang menempatkan 3 pasukan liga Super.

Mereka juga pasukan daripada slot paling rendah yang berjaya sampai ke separuh akhir dengan masalah luar padang mereka hadapi.

Tiada apa yang harus dimalukan oleh pasukan Sabah walaupun tewas 7-2 di tangan Perak secara agregate. Kami semua banyak belajar sesuatu daripada anda.

Tidak salah untuk bercita-cita besar dan cuba yang terbaik dengan kesempatan yang ada beraksi dengan kelompok pasukan elit.

Beberapa pemain mereka turut berjaya mendapat panggilan kebangsaan kerana aksi cemerlang di Piala Malaysia.

Pemain-pemain Sabah juga berjaya meletakkan nama pasukan Sang Badak dalam perhatian peminat dan pengamal media sekali lagi.

Mereka juga memberikan lebih banyak pengalaman yang indah  daripada yang buruk kepada penyokong mereka pada musim ini dalam kempen Piala Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN