Kapten Ozil Inspirasi Kebangkitan Arsenal Atasi Leicester

Ozil inspirasi kebangkitan Arsenal dalam perlawanan EPL awal pagi tadi menentang Leicester City.

Arsenal bermula agak sukar dan ditekan oleh pasukan lawan pada separuh masa pertama. Bernd Leno dipaksa berkeja keras menafikan tandukan Maguire yang hampir menerjah gawang.

Leicester di hadapan apabila percubaan Chilwell terbias pada kaki Bellerin sekaligus menyebabkan pertahanan Sepanyol itu melakukan jaringan sendiri.

Namun pada akhir babak separuh masa pertama, Arsenal menyamakan kedudukan hasil daripada umpanan Bellerin yang dengan tenang di’tap’ masuk Ozil mengatasi Kasper Schmeichel.

Pada separuh masa kedua, Arsenal tak memberikan ruang untuk Leicester bernafas. Mereka menaikkan tempo permainan. Arsenal mendominasi bahagian tengah dan menguatkan penguasaan di kawasan lawan.

Ozil ternyata berada dalam prestasi terbaik. Kemasukan Aubameyang menambahkan lagi sengat Arsenal di barisan serangan.

OZil inspirasi dan mencetuskan 2 lagi gol untuk Arsenal. Pertamanya beliau melakukan hantaran ke blind side tepat kepada Bellerin dan pemain itu melakukan 1 lagi assist. Kali ini kepada Aubameyang.

Gol ke-3 Arsenal antara team goal tercantik pada musim ini di mana Ozil melakukan assist kepada Aubameyang.. Saksikan:

Ozil dikeluarkan digantikan dengan Ramsey. Beliau yang merupakan kapten Arsenal pada perlawanan ini diberikan tepukan gemuruh.

Arsenal menang 3-1 dan ia adalah kemenangan ke-10 berturut-turut mereka dalam kesemua pertandingan. Mereka naik ke tangga ke-4 berkongsi mata dengan Chelsea dan dibezakan oleh perbezaan jaringan.

Barisan serangan Arsenal kini menjadi yang kedua paling tajam selepas Manchester City dalam EPL. Arsenal menjaringkan 22 gol setakat ini. Manakala Man. City dengan 26 gol.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN