Sabah Miliki Peluang Besar Untuk Benam Cabaran Penang

Sabah memiliki peluang terbaik untuk meraih tiga mata kembali pada aksi malam ini dalam saingan Liga Super 2023 dengan pertemuan seterusnya membabitkan pasukan itu bersama Penang.

Walaupun beraksi di gelanggang lawan, ianya bukan suatu masalah besar untuk Sabah kembali mendapatkan tiga mata dicari berdasarkan kualiti prestasi semasa kedua pasukan tersebut yang mempunyai jurang tersendiri pada musim ini.

Momentum kemenangan Sabah sebelum itu disekat oleh Selangor pada perlawanan lalu selepas mereka tewas 0-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kini pastinya mereka tidak rela untuk terus keciciran mata.

Menerusi beberapa rombakan kecil pemain yang dicipta pasukan tersebut kini, Sabah berjaya mengikat dua pemain import terbaharu pada jendela perpindahan kedua Liga Super untuk memperkukuhkan aspek pertahanan dan serangan.

Pemain import baharu mereka iaitu Ramon Machado paling mencuri tumpuan, selepas beliau telah pun membuktikan ketajaman dimiliki dengan tiga gol sudah dilakar daripada tiga perlawanan.

Tampil dari Brazil, pemain ini jelas memberikan impak terbaik buat serangan Sabah menerusi kelincahan serta ketajaman dipamerkan beliau daripada tiga perlawanan membabitkan penyerang tersebut.

Jika dilihat pada posisi lain, Sabah musim ini tampil sebagai antara pasukan serba lengkap dan memiliki kualiti tersendiri untuk memberi saingan sengit dalam aksi Liga Super dan sudah pun dibuktikan pada aksi-aksi lalu.

Kehadiran Darren Lok, Stuart Wilkin, Park Taesu, Saddil Ramdani serta barisan pemain lain jelas memberi ruang buat Datuk Ong Kim Swee untuk mencorakkan taktikal berkualiti buat Sabah selain memberi fokus untuk aksi Piala AFC.

Berbanding Penang, skuad kendalian Manzoor Azwira kini dilihat bergelut daripada segi prestasi semasa walaupun membuat rombakan besar pada awal saingan liga di segenap posisi.

Untuk jendela perpindahan kedua ini, Penang jelas mahu menambah sengat di bahagian serangan mereka dengan mendapatkan khidmat Al-Hafiz Harun serta bekas pemain Chungbuk Cheongju dari Korea Selatan, R. Kogileswaran.

Kedua pemain tersebut dijangka bakal dibawa turun untuk aksi seterusnya ini menentang Sabah dalam usaha mereka untuk kembali mencari kemenangan dan memperbaiki kedudukan semasa carta liga.

Menjadi antara pasukan yang dikritik keras oleh penyokong kini, pastinya Manzoor tidak rela untuk tewas pada aksi tersebut dan kemenangan di laman sendiri perlu dicipta walaupun sangat sukar.

Berbanding Sabah yang turun tanpa tekanan besar, Penang perlu buktikan segalanya dimiliki pada perlawanan malam ini supaya mereka dapat kembali meraih keyakinan para penyokong Harimau Kumbang di gelanggang keramat pasukan itu dengan sebaik mungkin.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN