Prestasi Semasa Perak Mampu Gugat Sri Pahang Untuk Raih 3 Mata

Salah satu pencabar baharu Liga Super musim 2023  iaitu Perak kini berada di landasan terbaik mereka untuk cuba mencipta kejutan mengatasi Sri Pahang bagi perlawanan seterusnya di Stadium Darul Makmur (SDM).

Perak menjadi antara pasukan yang sangat tidak konsisten musim ini dalam perlawanan awal Liga Super selepas mencatat keputusan tidak memberansangkan selain aksi dipamerkan juga kurang menyakinkan.

Namun, segalanya mula tampak semakin baik selepas pengendali terbaharu mereka iaitu Yusri Che Lah mula memberi sentuhan positif pada beberap perlawanan lalu.

Malah, Perak juga turut membuat sedikit rombakan dengan menandatangani dua pemain import baharu untuk memperkukuhkan pasukan tersebut pada jentera pertahanan serta serangan mereka.

Ini kerana, Perak jelas mempunyai masalah cukup besar di posisi pertahanan sejak awal musim serta sangat tumpul di jentera serangan untuk mendapatkan hasil lebih baik dalam setiap perlawanan diharungi.

Kehadiran pertahanan import dari Filipina iaitu Jesper Nyholm jelas memberi impak cukup baik di posisi pertahanan kini menerusi kualiti diberikan beliau bersama rakan sepasukan lain.

Manakala penyerang import baharu mereka iaitu Luka Milunovic setakat ini masih lagi belum menemui sentuhan pemusnah beliau di hadapan gol, namun berjaya memberi impak berkualiti untuk membuka ruang serta mengkucar kacirkan pertahanan lawan.

Kehadiran semula penyerang berbisa mereka iaitu Seo Seonung pastinya memberi kelegaan buat Perak, selepas pemain kelahiran Korea Selatan tersebut sebelum ini mengalami kecederaan dan terpaksa disisihkan.

Gol kemenangan diledak Seo ketika bertemu Kuching City lalu pastinya menaikkan lagi motivasi penyerang ini untuk cuba melakar kejutan mengatasi Sri Pahang demi pemburuan tiga mata seterusnya.

Sri Pahang pula, pastinya mereka tidak rela untuk terus keciciran mata lagi selepas dikejutkan oleh Sabah pada perlawanan lalu dengan kekalahan besar 0-4 di Likas.

Walaupun menandatangani beberapa pemain import baharu, secara keseluruhan kualiti permainan dipamerkan oleh anak-anak buah Fandi Ahmad masih belum menyakinkan terutama sekali di posisi serangan.

Walaupun begitu, ini menjadi peluang terbaik buat Sri Pahang untuk kembali mencipta kebangkitan dengan perlawanan ini jelas memberi kelebihan buat mereka kerana beraksi di laman sendiri.

Ketajaman Kpah Sherman pastinya akan terus ditagih dan dijangka aksi sengit bakal diberikan kedua pasukan tersebut dalam misi untuk memastikan tiga mata berharga dapat dibawa pulang ke kem masing-masing.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN