Sabah FA Rancang Bina Akademi Bolasepak Sendiri Kerjasama Dengan Burnley FC

Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) dalam perbincangan dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Burnley FC untuk membina sebuah akademi bolasepak pada tahun hadapan.

Difahamkan, mereka sudahpun mengadakan perjumpaan dengan wakil Liga Perdana Inggeris 2 kali tahun ini untuk membincangkan tentang sebarang jalinan kerjasama dalam program pembangunan akar umbi di negeri Sabah.

Walaupun tiada pengesahan rasmi di antara 2 pihak tetapi rundingan berjalan dengan lancar dan segala usaha kini sedang dilakukan oleh SAFA dan Burnley bagi menjalinkan kerjasama dalam program pembangunan bola sepak di negeri ini.

Oleh itu, kehadiran CEO Komuniti Burnley FC, Neil Hart di Karnival Klinik Bolasepak yang dianjurkan oleh SK Api Api dan SAFA semalam nyata tidak mengejutkan. Beliau hadir bersama 3 wakil kelab dan jurulatih.

Kehadiran pegawai dari Burnley itu adalah bagi membantu menjayakan program berkenaan dan sebagai suntikan galakan kepada pemain-pemain muda.

Guru Besar SK Api Api, Ag Ghani (dua dari kiri) menyampaikan cenderahati Neil Hart (tengah) sambil diperhatikan Lawrence (dua dari kanan) dan Joehari (kanan). – Foto Ryan Stanley

Karnival itu dilancarkan oleh Timbalan Presiden 2 SAFA, Datuk Lawrence Gimbang. Turut hadir ialah Naib Presiden SAFA yang juga merupakan Naib Presiden FAM iaitu Joehari Ayub. Karnival yang diadakan semalam melibatkan 3 buah sekolah yang terpilih iaitu SK Api Api, SRJ (C) Chung Hwa dan SK Sri Gaya.

Ia adalah sebahagian daripada program pembangunan persatuan berkenaan dan dilaksanakan hasil kerjasama pihak sekolah yang dijadikan sekolah angkat badan induk bola sepak negeri.

Lawrence mendedahkan Akademi Bolasepak SAFA akan dibiayai oleh PETRONAS dan dijangka ditubuhkan awal tahun depan.

“Ini antara usaha kita memantapkan lagi program pembangunan  bola sepak di negeri ini,” katanya kepada media selepas merasmikan Karnival itu.

Lawrence juga berkata, penubuhan akademi itu juga selari dengan pembinaan padang latihan milik SAFA sendiri iaitu di kawasan Kompleks Sukan Kota Kinabalu yang dijangka siap pertengahan tahun depan.

Antara jurulatih yang terlibat dalam karnival itu ialah bekas jurulatih Sabah, Justin Ganai. Beliau dibantu oleh Johnny Dominicus, Irwan Jamil, Mohd Noor @ Francis, Amsir Abdullah dan Matasan Ahmad.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN