Ahli Parlimen Kinabantangan, Dato’ Sri Bung Moktar Radin telah dilantik sebagai Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) yang baharu.
Keputusan tersebut dibuat hasil daripada masyuarat Ahli Majlis Tertinggi badan induk bola sepak negeri itu yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden SAFA, Datuk Abdul Rahman Zakaria.
Menurut sumber dari Bernama, Abdul Rahman menjelaskan pelantikan tersebut dibuat hasil dari perbincangan pihaknya dengan Bung Moktar dan telah mendapat persetujuan daripadanya.
“Kita telah berjumpa dengan beliau (Bung Moktar) dan beliau bersetuju dilantik sebagai pemangku presiden sebelum dilantik secara sah sebagai Presiden SAFA dalam Mesyuarat Agung SAFA akan datang,” katanya.
https://twitter.com/MAHA_namanya/status/1338313237238968322?s=20
Kata Abdul Rahman lagi, pengalaman Bung Moktar sebagai penaung pasukan bola sepak Felcra FC beberapa tahun lepas menjadi faktor pemilihannya dan pihaknya yakin beliau mampu untuk memimpin SAFA lebih maju pada masa hadapan.
Bung Moktar yang memenangi kerusi DUN Lamag telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dan memegang portfolio Menteri Kerja Raya Sabah.
Kerusi Presiden SAFA kosong sebaik selepas Datuk Peter Anthony meletakkan jawatan serta merta sebaik sahaja partinya tewas dalam Pilihanraya Negeri Sabah (PRN) pada September lalu.
Di bawah kepimpinan ADUN Melelap itu, skuad Tambadou berjaya menyelesaikan beberapa isu terutamanya masalah hutang dan gaji tertunggak jutaan ringgit yang diwarisi daripada kepimpinan sebelumnya.
Kredit Foto: Parlimen Malaysia
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan: