Sabah Berkeras Tak Lepaskan Saddil Ramdani Sertai Skuad Indonesia Di Sukan SEA

Saddil Ramdani

Pasukan Liga Super, Sabah berkeras untuk tidak melepaskan bintang mereka iaitu Saddil Ramdani untuk sertai Indonesia di Sukan SEA yang akan diadakan pada Mei.

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan pihak kelab, Sabah menegaskan yang mereka tidak akan melepaskan Saddil kepada pasukan Garuda berikutan jadual padat yang menanti.

Tetapi yang paling utama adalah kerana acara bola sepak dalam temasya sukan dwi-tahunan diadakan di luar kalendar bola sepak FIFA.

“Acara bola sepak akan dipertandingkan pada 6 hingga 22 Mei 2022. Untuk rekod, kalendar FIFA hanya jatuh pada 30 Mei hingga 14 Jun dan ini bermaksud Sukan SEA diadakan di luar kalendar FIFA.”

Dalam masa yang sama, Sabah turut mendedahkan yang mereka akan mengharungi lima perlawanan dalam tempoh acara bola sepak itu diadakan.

Empat perlawanan Liga Super dan satu aksi Piala FA menanti Sabah pada tempoh tersebut dengan mereka akan bertemu beberapa pasukan sukar. Mereka adalah:

  • Selangor – 7 Mei
  • Terengganu – 11 Mei
  • Penang – 17 Mei
  • Sri Pahang – 21 Mei
  • Aksi pusingan 16 pasukan terakhir Piala FA (lawan masih belum ditentukan)

Kecewa

Sabah juga menzahirkan rasa kecewa mereka ke atas sikap Saddil yang mendedahkan kepada media yang seolah-seolah mereka tidak melepaskan beliau atas alasan yang munasabah.

Padahal, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk melepaskan Saddil kepada skuad Indonesia sekiranya ada perlawanan yang diadakan pada kalendar FIFA sahaja.

“Perkara ini sudah pun dibincangkan dengan panjang lebar antara pihak kelab dan juga Saddil dengan pemain tersebut memahami keputusan kelab untuk tidak melepaskannya [ke skuad Indonesia] di luar kalendar FIFA.”

“Untuk rekod, Saddil adalah pemain penting yang tidak ada mana-mana pasukan mahu kehilangannya dalam dunia bola sepak.”

Sabah turut mendedahkan yang Saddil bukanlah satu-satunya pemain Indonesia yang beraksi di luar negara tersebut yang gagal menyertai skuad Sukan SEA mereka.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN