Sabah Batalkan Hasrat Dapatkan Pereyra Diaz Lepas Teliti ‘Kisah Hitam’?

Jorge pereyra diaz Club Atletico Platense 2021 sabah fc

Bekas penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Jorge Pereyra Diaz akhirnya tidak jadi ke Sabah FC dan menyertai kelab divisyen 1 Argentina, Club Atletico Platense.

Sebelum ini, Diaz hangat dikaitkan dengan prospek perpindahan ke Sabah apabila pengendalinya, Kurniawan Dwi Yulianto mengesahkan mereka sudah memasuki ke fasa akhir perbincangan soal kontrak dengan penyerang prolifik itu.

Namun, sebelum segalanya dimuktamadkan, Kurniawan telah memaklumkan yang The Rhinos sedang meneliti dahulu kisah beliau meninggalkan JDT pada musim 2018.

‘Kisah hitam’ di JDT mungkin jadi punca

Mengapa ianya penting buat Sabah? Mungkin mereka tidak mahu isu yang sama terpaksa mereka hadapi pada musim depan walaupun mengakui yang Diaz menepati gaya permainan yang mahu diterapkannya bersama Sabah nanti.

Apa gunanya jika bermain baik tetapi memiliki sikap yang buruk dan tidak profesional? Itu yang berlaku pada musim 2018, apabila Diaz secara senyap-senyap telah ‘angkat kaki’ meninggalkan JDT sebelum mereka berangkat ke Vietnam.

Kata Kurniawan, “Kami sudah semakin hampir untuk mengikat Diaz, tetapi kami harus menyiasat dahulu latar belakang mengenai masalahnya ketika dia meninggalkan JDT. Khabar angin mengatakan yang dia telah meninggalkan JDT dalam situasi yang tidak baik dan itu yang sedang kami lihat pada ketika ini.”

Diaz telah meninggalkan JDT pada tengah malam, penghujung Februari 2018 di Singapura, sebelum mereka berangkat ke Vietnam bagi saingan Piala AFC. Ia berlaku sehari selepas Harimau Selatan mengumumkan yang pengendali pasukan, Ulisses Morais telah meletakkan jawatannya sebagai ketua jurulatih secara tiba-tiba.

Buat hal lagi sebelum dikaitkan dengan Sabah

Semalam, Diaz telah sah menyertai kelab yang baru meraih promosi ke divisyen 1 Argentina pada penghujung musim lalu. Dan, sebelum menyertai mereka dan dikaitkan dengan Sabah, Diaz sebenarnya turut menimbulkan isu yang hampir sama ketika meninggalkan Bolivar yang sedang bersaing di Bolivian Primera Division.

Semuanya BOLA telah memohon agar Kurniawan dan Sabah berfikir dua kali sebelum merekutnya sebelum ini. Ini kerana, kenyataan yang dikeluarkannya selepas meninggalkan Bolivar telah menunjukkan bagaimana sikapnya.

Jelasnya mengenai isu itu, “Sangat menyedihkan apabila terpaksa meninggalkan pasukan, yang mana mereka tidak membuat saya selesa untuk berada di sana.”

Dan apa yang disebutkannya selepas itu mungkin memberikan petanda yang beliau adalah seorang pemain yang akan meninggalkan pasukan pada bila-bila masa, jika beliau rasa tidak selesa. Katanya, “Saya merasakan yang jika anda rasa tidak selesa, anda hanya perlu pergi. Jangan paksa diri anda untuk beri segalanya.”

Hanya tinggal pemain import belum muktamad

Diaz merupakan salah satu pemain import terbaik yang pernah mewarnai kancah Liga Malaysia dimana beliau pernah membantu JDT memenangi Liga Super sebanyak 2 kali pada musim 2014 dan 2015 serta Piala FA pada musim 2016.

Sehingga saat ini, Sabah dikatakan sudah hampir memuktamadkan senarai pemain mereka untuk musim 2021. Menurut pengurus pasukan, Ahmad Marzuki Nasir, mereka telah menyenaraikan 22 pemain, majoritinya adalah pemain daripada skuad musim lalu antaranya Rozaimie Rohim, Rawilson Batuil dan Maxsius Musa.

Mereka juga mengekalkan Sabri Sahar dan Mafry Balang selain bakal disertai oleh penyerang tempatan, Bobby Gonzales yang berhijrah kembali daripada Penang FC.

Untuk pemain import, menurut perkhabaran yang dikongsi wartawan The Star, T. Avineshwaran, selain Park Tae-su, mereka bakal membawa masuk pemain Indonesia, Saddil Ramdani, Levy Madinda, Sam Johnson dan Risto Mitrevski.

KREDIT FEATURED IMAGE: Club Atletico Platense

Baca lagi artikel mengenai Korge Pereyra Diaz dan Sabah FC:

Kurniawan: Kami Sedang Teliti ‘Kisah Hitam’ Antara Jorge Pereyra Diaz, JDT

TMJ Perjelas Pemergian Ulisses Morais, Salahkan Pereyra Diaz Kacau Keharmonian Kelab

TMJ Dedahkan Sebab Jorge Pereyra Diaz Disingkirkan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN