S.Kunanlan Anggap Misi JDT Ke Final Tetap Sukar

JDT

Walaupun memiliki sedikit kelebihan apabila mempunyai jaringan di tempat lawan serta akan beraksi di laman sendiri pada perlawanan kedua separuh akhir Piala Malaysia 2017, pertahanan Johor Darul Takzim (JDT), S.Kunanlan beranggapan misi untuk ke final tetap sukar.

Kunanlan yang menyertai JDT pada tahun 2015 masih belum pernah membantu kelab tersebut merasai suasana beraksi di perlawanan akhir Piala Malaysia.

“Ketika JDT ke final pada musim 2014, saya belum lagi menyertai pasukan. Kini, secara peribadi saya ingin membantu pasukan itu ke pentas final selepas menjulang kejuaraan Piala FA dan piala liga.”

Menjelang pertembungan kedua JDT dan Perak pada Sabtu ini, Kunanlan tidak mahu rakan sepasukannya terlalu selesa dengan apa yang diperolehi ketika ini.

“Untuk aksi menentang Perak, saya anggap perlawanan itu bagaikan misi hidup dan mati. Walaupun kami ada kelebihan jaringan, tetapi kami tidak boleh terlalu selesa.

“Kami kena fokus lebih 100 peratus kerana perlawanan itu menjadi penentu ke pentas final. Barisan benteng pertahanan yang dibarisi pemain tempatan bersedia memberi persembahan terbaik dan kepercayaan diberikan oleh jurulatih (Ulisses Morais) amat kami hargai,” katanya.

Mengulas mengenai persembahan yang ditampilkan anak buah Mehmet Durakovic, Kunanlan mengakui perlu berhati-hati dengan serangan pantas yang dilakukan pasukan Perak.

“Ia pengalaman berguna buat kami selepas aksi kurang menjadi pada Ahad lalu dan kami optimis apa yang terjadi pada aksi pertama tidak akan berulang lagi.

“Mungkin Perak akan bermula dengan corak serangan pantas pada perlawanan itu dan sudah tentu kami kena berjaga-jaga, bukan saja menyekat serangan lawan malah mengelak daripada melakukan kekasaran dalam kawasan 25 meter di luar kotak penalti,” kata Kunanlan lagi.

Aksi pada Ahad lalu berkesudahan dengan keputusan terikat 1-1 setelah Hasbullah Abu Bakar melakukan kesilapan apabila menghasilkan gol sendiri untuk menggembirakan penyokong tuan rumah. Bagaimanapun Muhammad Ghaddar kembali merapatkan kedudukan pada babak kedua untuk JDT membawa kelebihan jaringan di tempat lawan.

Kedua-dua pasukan akan membuat perhitungan kedua pada Sabtu ini di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN