Ryan Giggs Pening Cari Pengganti Bale Yang Cedera Lagi

Gareth Bale musim ini kembali mengganas di dalam padang dengan aksi cemerlang dalam beberapa perlawanan awal musim.

Beliau menjaringkan beberapa gol dan mencipta beberapa gol untuk rakannya. Bale dianggap berjaya mengisi kekosongan yang ditinggalkan Cristiano Ronaldo buat masa ini.

Namun pemain Real Madrid ini sekali lagi diganggu oleh kecederaan. Beliau hanya bermain 45 minit dalam derbi Madrid yang lalu.

Bale yang kembali daripada kecederaan pada akhir musim lalu, berjaya menjaringkan gol pada malam final UCL.

Bale terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan groin. Berita ini sekaligus membuatkan Ryan Giggs pening mahu mencari pengganti Bale untuk menghadapi Piala Negara-Negara UEFA menentang Republik Ireland selepas ini.

Pengurus Real Madrid, Julen Lopetegui mengesahkan yang Bale perlu menjalani pemeriksaan susulan untuk mengenalpasti barangkali ada kecederaan lain impak daripada kecederaan groin itu.

“Bale tidak selesa dengan kesakitan di kakinya pada separuh masa. Sebagai langkah berjaga-jaga kami terpaksa mengeluarkan beliau segera. Bale tak bermain pada separuh masa kedua.”

“Kami akan melakukan ujian sekali lagi ke atas beliau pada esok (hari ini). Kita akan tunggu hasil daripada ujian itu.”

Wales akan berhadapan dengan Sepanyol dalam aksi persahabatan diikuti perlawanan menentang Republik Ireland pada 16 Oktober ini.

https://twitter.com/DrTahha/status/1046466536649555968

Bale sah akan terlepas aksi dalam perlawanan UCL menentang CSKA pada pertengahan minggu ini.

Tiada siapa yang dapat menafikan bakat pemain ini. Namun kecederaan beliau adalah masalah utama Bale untuk menjadi sebaris dengan nama elit yang lain.

Kecederaan Bale musim lalu membuatkan Wales menderita dan gagal melayakkan diri ke Piala Dunia 2018.

Berapa lamakah tempoh Bale akan direhatkan kali ini? Kami berharap beliau cepat sembuh untuk kembali beraksi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN