Mengapa Jumlah Ahli FIFA Lebih Banyak Daripada PBB?

Pada 28 September 2018 yang lepas, dunia menyaksikan Perdana Menteri Malaysia ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad berucap di hadapan delegasi antarabangsa di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai United Nations (UN) merupakan pertubuhan yang mengumpulkan semua negara di dunia. Tiada satu pertubuhan berpengaruh dari segenap aspek seperti politik, ekonomi dan sosial yang menaungi kesemua negara di dunia selain PBB.

Dalam konteks bola sepak, FIFA adalah badan induk yang mengumpulkan semua negara di dunia yang mempunyai aktiviti bola sepak. Maka tak hairanlah FIFA turut diberi jolokan sebagai ‘United Nations of Football’.

Tetapi tahukah anda jumlah ahli FIFA lebih ramai daripada ahli PBB?

Kenapa jumlah ahli FIFA lebih ramai daripada ahli PBB?

Suasana Kongres FIFA. Sumber: FIFA.

FIFA mempunyai sebanyak 211 buah negara dan wilayah sebagai ahlinya. Ini berbeza dengan PBB yang hanya mempunyai sebanyak 193 ahli pada ketika ini.

FIFA sebenarnya mengiktiraf persatuan-persatuan bola sepak beberapa wilayah di negara-negara tertentu. Sebagai contoh, Gibraltar yang ditadbir Britain mempunyai keahlian di dalam FIFA.

Begitu juga dengan Guam (ditadbir Amerika Syarikat), Kepulauan Faroe (Denmark) dan Kepulauan Cayman (Britain). Malah, kita semua tahu negara ‘Home Nations’ turut mempunyai keahlian dalam FIFA.

Tetapi, PBB tidak mengiktiraf wilayah-wilayah naungan, jajahan mahu pun autonomi sebagai ahli. Misalnya, England, Scotland, Wales dan Ireland Utara merupakan negara persekutuan membentuk United Kingdom.

Ahli PBB tetap bukan ahli FIFA?

Ada beberapa negara merupakan ahli PBB tetapi bukanlah ahli FIFA. Antara negara tersebut ialah Vatican City dan Monaco.

Monaco pernah disenaraikan antara negara berpotensi untuk menjadi ahli FIFA pada masa hadapan.

Negara yang baru sertai FIFA

Kosovo antara negara di dunia yang merdeka tetapi tidak menyertai PBB walaupun dibenarkan menyertai FIFA. Bukan semua negara di dunia membuat pengiktirafan kemerdekaan Kosovo yang dahulunya berada di bawah Serbia.

Chinese Taipei (atau kita biasa kenali dengan nama Taiwan) turut menjadi ahli FIFA tetapi bukan PBB. Permohonan Chinese Taipei untuk menjadi ahli PBB sudah beberapa kali ditolak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN