Giggs Kecewa Kekurangan Pengurus British Di Premier League, Mahu Lebih Peluang Diberikan

Ryan Giggs kecewa kerana bilangan pengurus British di Premier League semakin berkurang dari masa ke semasa.

Beliau yang pernah menjadi pengurus sementara untuk Manchester United merasakan pengurus British sepatutnya diberikan lebih peluang.

Paul Clement sudah buktikan

Giggs yang belum lagi bersedia untuk kembali ke dunia pengurusan bola sepak berkata ramai pengurus British patut diberikan peluang kerana ramai diantarannya berkualiti tinggi.

“Adalah perkara yang baik untuk pengurus British diberikan lebih peluang untuk menjaga pasukan Premier League. Ramai yang bagus sebenarnya.”

Giggs pernah dicalonkan sebagai pengurus Swansea City sebanyak dua kali. Pertama sebelum Bob Bradley datang dan kedua sebelum Paul Clement.

Giggs juga berkata yang Clement merupakan contoh pengurus British yang berjaya untuk membuktikan yang warga British sebenarnya boleh menjadi pengurus yang bagus di peringkat tertinggi.

Buat masa sekarang, 6 pasukan teratas Premier League kesemuannya dikuasai oleh pengurus dari luar Britain.

Dan pasukan yang mempunyai pengurus British terbaik di Premier League adalah West Bromwich Albion yang menduduki tangga ke-7 dengan Tony Pulis sebagai pengurus.

“Bagi saya, pengurus British perlu diberikan peluang banyak peluang di Premier League. Jika tidak, mereka akan selamanya rasa diri mereka tidak boleh menguruskan pasukan di liga tertinggi.”

Ketika artikel ini ditulis, penulis merasakan situasi ini hampir sama dengan situasi penyerang tempatan di negara kita.

Jika pasukan Liga Super terlalu berharap kepada pemain import, macam mana penyerang tempatan hendak muncul dan buktikan kebolehan mereka dan seterusnya memberi manfaat kepada pasukan negara?

Tidakkah 2 situasi ini hampir sama senarionya?

Baca juga: 3 Sebab Lothar Matthau Cadang Gotze Ke China, Antaranya Sebab Tamak!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN