7 Pemain Bola Sepak Yang Laju Tahap Olimpik, Tetapi Lemah Dalam Produk Akhir

Pemain bola sepak yang laju memang menggerunkan pertahanan lawan. Tengok sahaja Gareth Bale ataupun Cristiano Ronaldo dan ramai lagi.

Kelajuan yang tinggi adalah aspek yang tidak dimiliki oleh semua pemain bola sepak. Ia adalah satu kelebihan yang diimpikan oleh setiap pemain.

Namun, dalam bola sepak ada beberapa pemain yang laju seperti perlari 100 meter olimpik, tetapi mereka memiliki produk akhir yang sangat lemah.

Produk akhir termasuk, penyudah, hantaran akhir, kreativiti dan sebagainya. Berikut adalah 7 senarai pemain yang mungkin menjadi pilihan utama anda ketika bermain permainan video PES ataupun FIFA.

1. Dennis Rommedahl

Pemain ini bermain dengan Lyngby, PSV, RKC Waalwijk (loan), Charlton Athletic, Ajax, N.E.C Olympiacos, Brondby, RKC Waalwijk sepanjang karier beliau.

Rommedahl membuat 126 penampilan untuk Denmark. Antara sebab utama beliau dipilih adalah sebab laju! Hanya Peter Schmeichel yang mencatatkan caps lebih banyak daripada beliau untuk Denmark.

Beliau pernah mencatatkan rekod larian 100 meter dengan 10.2 saat. Rekod yang membolehkan beliau menjadi seorang perlari 100 meter olimpik.

Dalam karier beliau, hampir tidak ada pemain bek sisi yang mampu mengejar beliau sekiranya dia berada di dalam top speed.

Beliau pernah berkata:

“Saya tidak pernah tahu berapa rekod larian terbaik saya. Tetapi saya sentiasa tahu yang saya tidak akan mampu dikejar oleh mana-mana bek kiri.”

Namun pemain ini tidak ada kemampuan yang benar-benar signifikan selain daripada larian. Hantaran akhir beliau sangat lemah.

2. David Odonkor

Dalam karier beliau, Odonkor pernah bermain untuk Borussia Dortmund, Real Betis, Alemania Aachen, dan Hoverla. Beliau memiliki 16 kaps antarabangsa untuk Jerman.

Pemain ini biasanya menjadi plan B dalam pasukan Jerman untuk melarikan atau mengejar bola untuk serangan balas.

Beliau dalam skuad Joachim Low keika Jerman beraksi di final Euro 2008.

Beliau membantu Dortmund memenangi Bundesliga padsa 2001/02. Namun beliau hanya menjaringkan 2 gol daripada 75 penampilan. Beliau sudah bersara pada 2013.

3. Jonathan Biabiany

Pemain ini juga pernah disamakan dengan pelari 100 meter Olimpik. Beliau memulakan karier dengan Inter Milan. Banyak kali beliau dipinjamkan keluar dan akhirnya, hari ini beliau menyertai kelab China.

Beliau hanya menjaringkan 26 gol daripada 179 penampilan liga dalam karier beliau.

Beliau terlalu bergantung kepada kelajuan dan tidak ada kreativiti. Membuatkan Bibiany tidak pernah bermain untuk pasukan senior Perancis.

Sebelum ke China, beliau dikhabarkan menolak tawaran untuk ke Chelsea yang baru melantik Antonio Conte.

4. David Bellion

Anda pasti masih ingat dengan pemain yang digelar wonderkid dalam bola sepak dunia pada satu ketika dahulu.

Beliau pernah disambar oleh Manchester United daripada Sunderland dengan harga £2 juta. Beliau menyertai United bersama-sama dengan Cristiano Ronaldo.

Namun gagal memenuhi harapan yang diletakkan ke atas beliau. Bellion gagal di Old Trafford. Bermain hanya 24 perlawanan dalam 3 musim di sana.

Bellion kembali ke Perancis selepas itu. Beliau juga gagal mendapat sebarang kaps senior untuk Perancis.

Bellion hanya ada 4 kaps untuk pasukan B-21 Perancis.

5. Gabriel Obertan

Pemain yang ditandatangani United selepas mereka menjual Cristiano Ronaldo. Ramai menjangkakan beliau adalah pengganti Ronaldo dalam 2 atau 3 musim lagi.

United mahu membangunkan pemain ini seperti mana mereka membangunkan Ronaldo. Beliau memiliki rekod cemerlang dengan Bordeaux dan ketika dipinjam ke Lorient.

Namun pemain ini seperti merosot mendadak. Beliau seperti lupa cara menjaringkan gol ataupun mencipta gol.

Manchester United akhirnya melepaskan beliau ke Newcastle United. Beliau hanya menjaringkan 1 gol dan 1 assist dalam 13 penampilan.

Krisis kecederaan kerap membelenggu beliau dan membuatkan karier beliau semakin sukar.

Obertan akhirnya ke Russia menyertai Anzhi. Dan kini beliau bermain untuk Wigan Athletic. Beliau juga gagal mendapat sebarang kaps untuk skuad senior Perancis.

Hanya ada 11 kaps dengan skuad B-21.

6. John Utaka

Beliau antara pemain yang nomad dalam bola sepak. Beliau menyarung jersi Nigeria sebanyak 43 kali.

Pada 2007, Portsmouth mengumumkan pembelian Utaka dengan harga £7 juta. Dalam sidang media, Harry Redknapp berkata:

“John ada kelajuan yang sangat menggerunkan pertahanan lawan.”

Namun pemain ini gagal menyumbang lebih banyak kepada kelab beliau. Kenangan terindah Utaka dengan Portsmouth adalah assist kepada Kanu dalam final Piala FA 2008.

Beliau sebenarnya lebih menggerunkan pengurusan kelab berbanding dengan pertahanan lawan. Utaka gagal menyerlah dan gaji yang terlalu tinggi menyebabkan pemain ini dilepaskan ke Montepellier.

Portsmouth dalam krisis kewangan yang meruncing ketika itu. Utaka hanya 10 gol daripada 90 penampilan bersama Pompey.

7. Ryo Miyaichi

Pemain kebangsaan Jepun ini menarik perhatian Arsenal kerana kelajuan beiau. Arsenal sudah menandatangani beliau ketika Miyaichi masih bermain dengan pasukan sekolah lagi.

Namun beliau gagal menghidupkan cerita dongeng klasik di Emirates. Beliau kerap dipinjamkan ke luar. Ketika dipinjamkan ke Feyenoord, beliau agak cemerlang.

Namun beliau gagal memberikan impak ketika dipinjamkan ke Bolton, Wigan dan Twente. Akhirnya selepas 5 musim dipinjam ke sana-sini, Miyaichi dilepaskan. Beliau menyertai St. Pauli secara percuma.

Beliau hanya bermain 1 perlawanan liga sepanjang kontrak 5 musim di Arsenal.

Beliau dikatakan tidak cukup set skil untuk bermain dengan taktikal bola sepak Arsenal. Beliau hanya ada kelajuan sahaja tetapi tidak ada kreativiti ataupun terlalu direct.

Siapa lagi?

Itulah senarai 7 pemain yang dengan kelajuan pelari olimpik tetapi gagal memberikan poduk akhir yang lebih baik.

Anda ada tambahan?

Baca juga: Adakah Karl-Heinz Weigang Tidak Lagi Jadi Jurulatih Perak?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN