Pencipta kandungan terkenal, Ryan Bakery yang kini menjadi perhatian ramai diantara kita kini tidak menjadi tumpuan apabila memasuki dunia bola sepak.
Semua ini berpunca selepas kelab Premier League iaitu Manchester United menggunakan audio beliau dalam salah sebuah video TikTok mereka.
Dalam laman TikTok United, mereka menyiarkan video jaringan Jadon Sancho ketika bertemu dengan Liverpool tempoh hari.
Dalam video tersebut, pihak United meletakkan audio Ryan menyebut “smart woo!” ketika Sancho menjaringkan gol.
Hasil tinjauan kami, video tersebut menerima lebih 240 ribu tanda suka dengan ianya telah dikongsi sebanyak 16 ribu kali.
United menang ke atas Liverpool dengan jaringan 2-1 menerusi gol Sancho dan Marcus Rashford sambil Mohamed Salah melakukannya yang sama untuk The Reds.
Anda boleh tengok video tersebut di bawah:
@manutd Smart woo, Sancho. 🥶