Rusia Tekad Siapkan Pembinaan Stadium 3 Hari Sebelum Pelawanan Ujian

Pihak berkuasa di Rusia berjanji akan menyiapkan pembinaan salah sebuah stadium yang bakal digunakan untuk kejohanan Piala Dunia 2018, sekurang-kurangnya 3 hari menjelang perlawanan ujian pertamanya.

Bandar Samara yang terletak di Sungai Volga bakal menjadi salah satu venue kejohanan bola sepak dunia yang dianjurkan oleh Rusia dari 14 Jun sehingga 15 Julai hadapan.

(Photo by Lars Baron/Getty Images)

Namun selepas pemeriksaan terkini, delegasi FIFA yang berkunjung untuk mengikuti perkembangan persiapan venue mengesahkan masih terlalu banyak kerja perlu dilakukan untuk melengkapkan stadium bernilai US$315 juta itu.

Perdana Menteri Rusia, Arkady Dvorkovich berkata pada Rabu lalu bahawa Samara Arena yang berhadapan dengan masalah untuk disiapkan akan berjanji segala kerja pembinaan akan diselesaikan pada 25 April, tiga hari menjelang perlawanan ujian pertama yang dijadualkan pada 28 April.

Hampir 70% daripada kelengkapan kemudahan lain di stadium berkenaan gagal disiapkan menjelang tarikh awal yang ditetapkan.

(Photo by Lars Baron/Getty Images)

Seorang pegawai yang enggan dikenali dan terlibat dengan kerja pembinaan stadium berkenaan berkata:

“Kemudahan dan kelengkapan lain akan disiapkan kemudian,” ujar beliau sambil merujuk kepada sistem perparitan, kumbahan dan janakuasa yang tidak mengikut piawaian asal.

“Mereka jelas mahu berjimat di dalam perkara ini. Stadium akan tetap diserahkan untuk penganjuran, namun tidak pasti apa yang mereka mahu lakukan selepas Piala Dunia,” jelas beliau.

(Photo by Lars Baron/Getty Images)

Ketua jawatankuasa penganjuran Rusia 2018, Alexie Sorokin turut mengesahkan rumput yang bakal digunakan di Samara Arena akan dibawa dari Jerman, dan memerlukan masa seminggu untuk dipasang.

Menteri Sukan Rusia, Pavel Kolobkov menganggarkan kos penyelenggaraan stadium berkenaan akan mencecah US$3.5 juta setahun.

Beliau turut mengesahkan stadium tersebut akan diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan pada 2019.

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN