Oliver Kahn Yakin Zidane Mampu Terajui Bayern Munich

Bekas penjaga gol Bayern Munich dan Jerman, Oliver Kahn berkata, Zinedine Zidane adalah calon yang sesuai untuk mengambil alih jawatan Jupp Heynckes sebagai jurulatih kelab Bavarian itu.

Zidane menjadi pengendali pertama yang berjaya memenangi kejuaraan UEFA Champions League (UCL) untuk dua musim berturut-turut pada 2017.

Kahn yang juga merupakan bekas kapten Bayern Munich dan Jerman percaya Zidane adalah pengganti yang sesuai untuk melatih Bayern jika Heynckes memutuskan untuk meninggalkan kelab tersebut pada akhir musim ini.

(Photo by Manuel Queimadelos Alonso/Getty Images)

Ketika bercakap kepada media di Jerman, Kahn dipetik sebagai berkata:

“Zinedine Zidane adalah seorang jurulatih yang wajar dipertimbangkan. Beliau adalah jurulatih yang menakjubkan.”

“Zidane telah memenangi semuanya bersama Real Madrid, dan kini berpeluang untuk melakukan kejuaraan hatrik di pertandingan UCL.”

“Tanpa ragu-ragu, Zidane memiliki profail yang sesuai untuk melatih Bayern Munich.”

(Photo by Andreas Gebert/Anadolu Agency/Getty Images)

Sebelum ini Bayern Munich pernah menggariskan polisi pengambilan jurulatih, dengan syarat wajib mahir berbahasa Jerman.

Namun Kahn berpendapat masalah seperti ini seharusnya tidak dijadikan isu, dan beranggapan ianya adalah kekurangan yang tidak akan menjejaskan Zidane.

“Zidane adalah rakyat Perancis dan mahir berbahasa Sepanyol. Mengapa anda fikir beliau tidak boleh berbahasa Jerman?”

“Soalan yang harus ditekankan ialah apa yang Zidanee boleh sumbangkan kepada Bayern Munich?”

(Photo by Alexander Hassenstein/Bongarts/Getty Images)

“Zidane mampu menguruskan sebuah pasukan yang memiliki deretan pemain bintang. Tidak ramai bekas pemain boleh menjadi pengendali yang hebat, tetapi Zidane telah membuktikannya,” jelas Kahn panjang lebar.

Bayern Munich bakal dinobatkan sebagai juara Bundesliga 2017/18 jika berjaya menewaskan Ausburg di dalam perlawanan yang berlangsung pada malam ini.

Ia juga merupakan kejuaraan liga yang ke-9 secara berturut-turut buat kelab Bavarian tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN