Pemain tengah Arsenal, Jack Wilshere meluahkan rasa kecewanya susulan namanya tidak menjadi pilihan Gareth Southgate untuk disenaraikan dalam 23 nama pemain England yang bakal beraksi di Rusia nanti.
Seperti yang kita tahu, salah satu masalah yang dihadapi Wilshere dalam beberapa musim sebelumnya adalah masalah kecederaan yang dialaminya.
Pemain berusia 26 tahun itu sering mengalami kecederaan sehingga menyebabkan prestasinya bersama Arsenal mencapai tahap yang kurang memuaskan.
Sebaliknya bagi musim 2017/18, ianya boleh dikatakan sebagai musim terbaik buat Jack Wilshere di Arsenal. Wilshere telah beraksi sebanyak 38 perlawanan dalam semua pertandingan membabitkan The Gunners.
Dipetik menerusi twitter, Wilshere sebagai berkata, “Saya rasa sudah tiba masanya untuk saya berkata… Saya benar-benar kecewa kerana ditinggalkan oleh skuad England untuk Piala Dunia. Saya rasa cukup sihat, tajam dan kuat sepanjang musim ini dan saya sepatutnya berada dalam skuad!”
Think its about time I had my say…
It goes without saying that I’m naturally incredibly disappointed to have been left out of the England squad for the World Cup. I’ve felt fit, sharp and strong all season and believe I should be in the squad!— Jack Wilshere (@JackWilshere) May 17, 2018
“Jika diberikan peluang, saya juga boleh memberi impak (dalam skuad England). Walau bagaimanapun, saya harus menghargai keputusan dari pengurus dan saya mendoakan skuad berjaya melakukan yang terbaik dalam kejohanan. Saya akan selalu menjadi penyokong England dan akan memberikan sokongan kepada pemain bersama seluruh negara.”
And given the chance i could have made a real inpact.
However, I have to respect the manager’s decision and would like to wish the whole squad all the very best for the tournament. I will always be an England fan and will be supporting the boys with the rest of the nation 🦁🦁🦁— Jack Wilshere (@JackWilshere) May 17, 2018
Tempat Jack Wilshere telah digantikan dengan Ruben Loftus-Cheek dan Fabian Delph. Meskipun Loftus-Cheek sedang mengalami kecederaan, prestasi beliau bersama Crystal Palace memberangsangkan untuk musim ini.
Sementara itu, Delph pula berjaya membantu Manchester City merangkul trofi Premier League dan Piala Liga.
Info tambahan : Kali terakhir Jack Wilshere dipanggil memperkuatkan barisan The Three Lions dalam dua perlawanan persahabatan bertemu Belanda dan Itali pada Mac lalu.