Tim Howard: Kehadiran Wayne Rooney Bakal Jadikan D.C United Sebuah Pasukan Yang Lebih Baik

Rooney

Pemain yang kini beraksi dalam saingan Major League Soccer (MLS), Tim Howard menyifatkan bekas rakan sepasukannya ketika di Manchester United, Wayne Rooney akan cepat menyesuaikan diri bagi memberikan impak yang besar sekiranya beliau beraksi di Amerika Syarikat.

Sejak akhir-akhir ini semakin jelas kedengaran berita perpindahan yang mengaitkan Rooney dengan kelab di divisyen Eastern Conference MLS iaitu D.C United.

Bagi Howard, sekiranya penyerang berusia 32 tahun itu berjaya melengkapkan penghijrahannya ke Amerika Syarikat, beliau yakin Wayne Rooney akan dapat memacu perkembangan D.C United sebagai sebuah pasukan yang lebih baik.

Selepas mengharungi lapan perlawanan liga, D.C United kini di tangga tercorot selepas hanya mencatatkan satu kemenangan, dua keputusan seri dan lima kekalahan untuk meraih lima mata.

Penjaga gol Colorado Rapids itu juga berpendapat bahawa usia bukanlah satu masalah tetapi sebaliknya mentaliti para pemain yang akan menentukan kejayaan mereka di MLS.

”Ia berkaitan sama ada pemain itu mempunyai motivasi dan mendorong mereka untuk datang ke sini dan beraksi dengan baik dan seterusnya membantu pasukan.”

RUSTENBURG, SOUTH AFRICA – JUNE 12: Wayne Rooney of England picks himself up as Tim Howard of the United States looks on during the 2010 FIFA World Cup South Africa Group C match between England and USA at the Royal Bafokeng Stadium on June 12, 2010 in Rustenburg, South Africa. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

”Tidak, saya datang ke sini (Amerika Syarikat) bukan untuk bercuti, saya menyukai cuaca di sini tetapi untuk menjadi sebahagian daripada pasukan. Itu perkara paling penting.”

”Wayne (Rooney) akan baik-baik sahaja. Apabila seorang pemain sudah meningkat usia, anda perlu memanfaatkannya di posisi yang betul untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik daripada mereka.”

”Jadi terpulang kepada Benny Olsen (Pengurus D.C United) untuk mengetahui dimana kesesuaian buat Rooney terhadap pasukan.”

”Tetapi jangan tersilap, mempunyai Wayne Rooney akan membuatkan pasukan anda menjadi lebih baik.”

”Dia akan menerima cabaran. Ini merupakan liga yang sukar. Orang tidak kisah siapakah namanya. Akan banyak rasa hormat terhadapnya tetapi mereka akan memberikan kesukaran buatnya.”

”Perkara itu saya fikir akan memberikan yang terbaik buat Wayne.”

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN