Rusia 2018: Thiago Silva Beri Amaran Buat Rakan Sepasukan Agar Berwaspada Dengan Belgium

Pertahanan Brazil, Thiago Silva memberi amaran kepada rakan sepasukan supaya berwaspada dengan Belgium menjelang pertemuan di antara kedua-dua pasukan Jumaat ini.

Silva menjangkakan pertemuan pada aksi suku akhir itu adalah satu perlawanan yang sukar memandangkan Belgium telah berjaya mempamerkan persembahan yang menakjubkan semasa pertemuan dengan Jepun tempoh hari.

Menerusi FourFourTwo, Silva menegaskan kepada pemain-pemain Brazil terutamanya benteng pertahanan supaya perlu berwaspada dengan setiap pergerakan yang akan dilakukan pemain Belgium.

“Mereka (Belgium) sangat kuat dari segi fizikal dan teknikal. Itu membolehkan mereka layak beraksi sehingga peringkat ini” kata Silva.

Namun, pemain Paris Saint-Germain (PSG) itu mengakui pasukannya itu masih belum cukup sempurna dan para pemain harus terus bekerja keras dalam perlawanan yang akan datang.

“Saya fikir dalam semua kejohanan, Brazil semestinya menjadi pasukan pilihan.”

“Tetapi bagi kami semua itu masih belum cukup sepenuhnya. Kami perlu bekerja keras dan memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan jika kami mahu memenangi gelaran.”

“Kami akan terus berlatih dan perlu berehat secukupnya kerana bertemu Belgium pastinya akan lebih sukar.” katanya.

Mengulas mengenai rakan sepasukanya, Neymar yang menjadi bahan ejekan para peminat di media sosial selepas mempamerkan aksi lakonan berlebih-lebihan ketika dicabar pemain lawan dalam pertemuan bertemu Mexico tempoh hari.

Silva sebagai berkata, apa yang dilakukan Neymar diatas padang adalah perkara biasa bagi seorang pemain berkualiti dalam permainan bolasepak.

“Ini adalah perkara biasa kerana dia (Neymar) mempunyai kualiti,” kata Silva.

Tambahnya lagi, “Pemain lawan membuat kecuaian kerana  mereka sentiasa sukar untuk menyekat kemaraan Neymar dan mereka cuba merampas bola tanpa menjatuhkannya, ternyata ianya bukan satu perkara yang sukar.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN