Jepun Intai Klinsmann Kendali Skuad ‘Samurai Biru’

Laporan dari Tokyo mengatakan Persatuan Bola Sepak Jepun sedang berada di dalam proses rundingan bersama bekas pengurus Jerman dan USA, Jurgen Klinsmann sebagai jurulatih skuad ‘Samurai Biru’.

Jepun tersingkir dari Piala Dunia 2018 selepas tewas 3-2 kepada Belgium di pusingan 16 pasukan terbaik pada Isnin lalu.

Jurgen Klinsmann. Foto: US Soccer.

Jurulatih Jepun, Akira Nishino dilantik pada April lalu dengan kontrak sehingga tamat kejohanan tersebut di Rusia, dan dijangka melepaskan kedudukannya dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Akhbar utama Jepun, Sports Nippon dan Daily Sports melaporkan perkara yang sama dan mengatakan pihak JFA sudahpun memulakan proses rundingan memabitkan bayaran €2 juta setahun untuk Klinsmann.

Pihak JFA turut dikatakan yakin persetujuan dengan Klinsmann akan dimuktamadkan secepat mungkin, dengan sasaran Klinsmann akan mengemudi cabaran negara tersebut di kejohanan Piala Asia pada Januari tahun hadapan.

“Ia bukan keputusan yang mudah, tetapi kita tidak boleh membuang masa. Perkara ini harus diputuskan selewat-lewatnya pada Julai,” ujar Presiden JFA, Kozo Tashima.

(Photo by Artur Widak/NurPhoto via Getty Images)

Skuad kebangsaan Jepun akan kembali beraksi dalam satu perlawanan persahabatab di Sapporo pada 7 September akan datang, dan ideanya pasukan ini harus dikendalikan oleh jurulatih yang memiliki pengalaman di Piala Dunia.

Klinsmann membimbing Jerman ke separuh akhir Piala Dunia 2006, dan mara sehingga ke pusingan kedua bersama Amerika Syarikat pada 2014.

Dalam program liputan Piala Dunia oleh BBC, Klinsmann turut memuji prestasi dan persembahan Jepun baru-baru ini ketika disingkirkan Belgium melalui gol minit akhir selepas mendahului 2-0.

“Bagaimana Jepun menghadapi perlawanan ini dengan corak permainan menyerang amat menakjubkan. Mereka pasti berdukacita dengan apa yang berlaku dalam tempoh 2 minit terakhir perlawanan itu,” ujar Klinsmann.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN