Rusia 2018: Perlawanan England Dan Tunisia Diserang “Nyamuk’

Isu keselamatan sepanjang kejohanan Piala Dunia 2018, adalah antara isu yang menjadi tumpuan sebelum sepak mula kejohanan tersebut di Rusia.

Tatkala tahap keselamatan di Rusia dipertingkatkan terutama dari serangan pengganas, ancaman berbentuk lain pula tiba.

Anda tidak tersalah baca tajuk artikel ini. Kami bercakap mengenai serangan nyamuk yang berlaku dalam perlawanan Kumpulan G, membabitkan England dan Tunisia.

Itulah situasi yang dihadapi para pemain England dan Tunisa dalam perlawanan peringkat kumpulan G yang berlansung di Volgograd Arena dua hari yang lalu.

Ganguan itu berlaku disebabkan lokasi stadium yang terletak berhampiran dengan Sungai Volga.

Tidak terkecuali para media yang bertugas turut terkesan dengan kejadian tersebut.

Wartawan Sky Sport, Kaveh Solhekol sempat menulis di Twitternya mengenai gangguan dari serangga itu.

Terdapat sumber melaporkan bahawa pihak pengajur sebelum ini sudah cuba mengatasi masalah ini dengan melakukan semburan racun anti-serangga menggunakan helikopter.

Akan tetapi, usaha untuk menghapuskan serangga itu sepenuhnya dikawasan tersebut masih gagal.

Penjaring dua gol perlawanan Harry Kane ketika ditemubual selepas perlawanan turut mengulas mengenai kejadian itu.

Kane berkata kepada ESPN, beliau dan rakan sepasukan amat tergangu sepanjang perlawanan itu berlangsung.

“Kami sudah dimaklumkan akan ada banyak nyamuk di atas padang. Dan ketika kami sedang melakukan sesi pemanas badan, serangga itu semakin banyak.”

Tambahnya lagi, “Kami menggunakan spray anti-serangga untuk mencegah dari memasuki mulut dan mata kami.”

“Ia adalah sebahagian daripada cabaran yang perlu ditangani dan kami dapat mengatasinya dengan baik.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN