Quantcast

BERITA

Sinisa Mihajlovic Dilantik Sebagai Pengurus Baharu Sporting Lisbon

Sporting Lisbon kini dalam usaha menamatkan kemelut dalaman kelab. Mereka mengambil keputusan untuk melantik bekas pengendali AC Milan dan Torino, Sinisa Mihajlovic.

Siapa Sinisa?

Namanya dikenali sebagai pemain yang menyarung jersi Yugoslavia setelah kejatuhan negara Tirai Besi itu pada awal 1990-an. Beliau pernah beraksi dalam Piala Dunia 1998 di Perancis.

Dalam karier domestik, Sinisa pernah menjadi Red Star Belgrade di tanah airnya. Selain itu, beliau sempat beraksi untuk Roma, Lazio dan Inter Milan.

Sinisa mempunyai pengalaman cukup banyak untuk kelab-kelab Itali. Antaranya Fiorentina, AC Milan dan Torino.

Sporting Lisbon mengikat beliau dengan kontrak selama tiga tahun. Sasaran pertama beliau untuk merencana kestabilan Sporting Lisbon.

Gelora

Semua sudah sedia maklum apakah gelora yang melanda kelab utama Portugal itu. Presiden kelab itu menafikan tuduhan menggantung pemain kelab itu daripada tugasan pada April lalu.

Kemudiannya, ia semakin merebak apabila sekumpulan penyokong menyerang pemain serta skuad kejurulatihan kelab itu. Ini disebabkan mereka berang dengan kegagalan Sporting untuk beraksi dalam mana-mana kejohanan kelab Eropah pada musim hadapan.

9 pemain dilaporkan menamatkan kontrak termasuk Rui Patricio. Rui kini berada di Rusia untuk Piala Dunia telah pun bersetuju untuk berhijrah ke Wolverhampton Wanderers.

Bas Dost disebut antara individu yang menamatkan kontrak bersama kelab Portugal itu. Akhirnya, pengurus Sporting Lisbon, Jorge Jesus meletak jawatan pada awal bulan ini.

Sporting yang tidak ‘sporting’

Sinisa diraikan oleh pengurusan Sporting. Sumber: Twitter Sporting.

Walau bagaimanapun, diharapkan kemelut ini dapat ditangani dengan baik. Mungkin Sporting perlu bermuhasabah dan memperbaiki keadaan sebelum tambah parah.

Masakan tidak, Sporting antara kelab yang melahirkan pemain terkemuka dunia dan termasyhur. Tidak lain tidak bukan, Cristiano Ronaldo.