Rusia 2018: Penyokong Ceroboh Pusat Latihan Dan Ejek ‘Ia Adalah 7-1’ Kepada Skuad Brazil

Sebahagian penyokong yang kecewa tekad menceroboh masuk ke pusat latihan skuad Piala Dunia Brazil di Teresopolis, dan sebahagian lagi mengecam skuad itu kerana kurangnya interaksi bersama penyokong pasukan tersebut.

Turut kedengaran daripada kumpulan penyokong tersebut ialah jeritan, “Ia adalah 7-1! Ia adalah 7-1” merujuk kepada kekalahan memalukan pasukan negara tersebut kepada Jerman di edisi Piala Dunia sebelumnya.

Fans of the Brazilian national football team wait as the Brazilian Football Confederation (CBF) decides if allowing public into a training session ahead of the FIFA 2018 World Cup, at Granja Comary training centre in Teresopolis, Rio de Janeiro, Brazil, on May 25, 2018. (Photo by Mauro PIMENTEL / AFP) (Photo credit should read MAURO PIMENTEL/AFP/Getty Images)

Latihan terbuka skuad Brazil di Teresopolis adalah satu-satunya peluang penyokong tempatan untuk memberi sokongan kepada pemain sejak persediaan rapi pasukan tersebut bermula pada Isnin lalu.

Biasanya, Brazil akan beraksi di dalam satu perlawanan persahabatan di halaman sendiri menjelang kejohanan Piala Dunia. Kali ini, ianya tidak sedemikian dengan skuad Selecao tersebut dijadualkan berhadapan dengan Croatia pada 3 Jun di Liverpool.

Oleh kerana itu, latihan terbuka ini adalah satu-satunya peluang penyokong untuk melahirkan sokongan mereka. Malangnya, hanya 200 penyokong sahaja dibenarkan masuk di Pusat Latihan Granja Comary itu, menyebabkan sedikit rusuhan berlaku selepas baki penyokong dihalang oleh pihak polis.

Fans of the Brazilian national football team wait as the Brazilian Football Confederation (CBF) decides if allowing public into a training session ahead of the FIFA 2018 World Cup, at Granja Comary training centre in Teresopolis, Rio de Janeiro, Brazil, on May 25, 2018. (Photo by Mauro PIMENTEL / AFP) (Photo credit should read MAURO PIMENTEL/AFP/Getty Images)

Tiada kecederaan dilaporkan berlaku, namun kekecewaan sangat jelas di riak wajah penyokong.

“Saya datang ke sini untuk melihat pasukan Brazil sejak 1998, namun situasi kali ini amat berbeza,” ujar seorang penyokong yang dikenali sebagai Hilario.

“Malah laluan bertentangan dengan pusat ini di mana pemain akan berhenti untuk menandatangani autograf turut ditutup. Tindakan sebegini hanya menjarakkan lagi penyokong dengan pasukan,” tambah beliau.

(Photo credit should read MAURO PIMENTEL/AFP/Getty Images)

Sejak bergelar penganjur dan gagal dalam percubaan pada empat tahun yang lalu, skuad Brazil kali ini dilihat kurang berminat dengan perhatian dari luar.

Jurulatih, Tite turut berulang kali menyatakan bahawa pasukannya memerlukan privasi dan ruang untuk memberikan fokus kepada kejohanan sebenar di Rusia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN