Rusia 2018: Mohamed Salah Bakal Bantu Mesir Dalam Saingan Piala Dunia

Mesir

Nama Mohamed Salah terus menjadi tumpuan dunia selepas beliau mengalami kecederaan pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2017/18 di Kiev tempohari.

Peluang seakan sudah tertutup buat bintang skuad antarabangsa Mesir itu dalam saingan Piala Dunia 2018 di Rusia selepas pergelutannya bersama Sergio Ramos mengakibatkan beliau terpaksa dikeluarkan.

Dikhabarkan Salah telah mengalami dislokasi sendi bahu (dislocated shoulder) yang mungkin membuatkannya terpaksa melupakan saingan paling berprestij tersebut.

Ketika saingan di Rusia itu hanya tinggal lebih kurang dua minggu sahaja lagi untuk dimulakan, Persatuan Bola Sepak Mesir telah mengesahkan bahawa kecederaan penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris itu tidak melebihi tiga minggu.

Satu keadaan yang memberikan nafas lega bukan sahaja bagi Salah tetapi buat skuad kebangsaan Mesir yang sudah pasti mengharapkan sentuhan pemain berusia 25 tahun tersebut.

Presiden Mesir FA (EFA), Hani Abo Rida mengesahkan bahawa Mohamed Salah hanya memerlukan masa tiga minggu sahaja untuk kembali cergas dan berkemungkinan dapat memainkan peranan penting dalam membantu skuad yang dibimbing Hector Cuper itu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, EFA berkata:

”Selepas perbincangan di antara Abo Rida dan Doktor skuad kebangsaan di Sepanyol pada hari ini, persatuan menegaskan bahawa, dengan keizinan Tuhan, ketiadaan Salah dalam Piala Dunia tidak akan lebih dari tiga minggu.”

Mohamed Salah kini berada di Sepanyol untuk mendapatkan rawatan bagi pemulihan bahunya.

Kejayaan mara ke Piala Dunia 2018 merupakan kejayaan manis buat Mesir selepas kali terakhir layak ke saingan tersebut pada edisi 1990 di Itali.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN