Usain Bolt Terus Kejar Impian Dalam Bola Sepak, Jalani Latihan Bersama Kelab Liga Utama Norway

Bolt

Pelari pecut legenda dari Jamaica, Usain Bolt masih belum berputus asa untuk menceburkan diri dalam kancah bola sepak apabila beliau kini sedang menjalani latihan bersama Stromsgodset FC.

Stromsgodset FC merupakan pasukan yang kini sedang bersaing dalam saingan liga utama Norway (Eliteserien).

Kesemua pasukan dalam saingan Eliteserien baru sahaja mengharungi 12 perlawanan liga yang menyaksikan Stromsgodset menghuni tangga ke-12 dengan mencatatkan 12 mata hasil tiga kemenangan, 3 keputusan seri dan enam kekalahan setakat ini.

Pemegang rekod dunia acara pecut 100 meter itu merupakan peminat setia Manchester United dan pernah menjalani latihan bersama Borussia Dortmund pada awal tahun ini.

Usain Bolt, 31 tahun, telah memuat naik gambar aksi beliau ketika menjalani latihan bersama Stromsgodset di Instagram dan Twitter peribadinya.

Laman Twitter rasmi kelab tersebut juga kelihatan turut melaporkan berita mengenai kehadiran pelari legenda itu menyertai latihan bersama pasukan.

Menurut sumber Goal, Peter Stoger, jurulatih Borussia Dortmund ketika Bolt menyertai sesi latihan di Jerman menyifatkan banyak yang perlu dilakukan oleh Bolt untuk beraksi di tahap yang tinggi dalam bola sepak.

”Ia adalah berkaitan prosedur dan pergerakan tetapi yang lebih penting adalah dia seronok melakukannya.”

”Saya rasa dia merupakan seorang yang berbakat tetapi sekiranya dia mahu bermain di tahap yang tinggi, jelas dia mempunyai banyak perkara yang perlu dilakukannya.”

”Fizikal yang diperlukannya dalam sukan lain diceburinya (olahraga) sememangnya cukup berbeza dengan apa yang dia perlukan untuk bola sepak tetapi ia cukup menyeronokkan buat kami.”

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN