Konferedasi Bola Sepak Oceania (OFC) mempunyai 11 ahli yang juga mempunyai keahlian FIFA. Dalam kata lain mereka layak menyertai pusingan kelayakan Piala Dunia.
Namun begitu, FIFA tidak pernah memberikan satu slot automatik ke Piala Dunia. Mahu tidak mahu, 1 wakil Oceania akan mengharungi cabaran di play-off.
Kami mengimbas kembali sejauh mana pencapaian wakil Oceania dalam edisi Piala Dunia sebelum ini.
Piala Dunia 1974
Meskipun OFC ditubuhkan pada 1966, wakil sulung mereka layak pertama kali pada Piala Dunia 1974 di Jerman Barat. Wakil
sulung yang dimaksudkan ialah Australia.
Pada ketika itu, pusingan kelayakan Oceania dan Asia digabungkan sekali. Pusingan kelayakan itu hanya diberikan satu slot dan Australia meraih tempat ke Jerman Barat.
Australia diundi bersama tuan rumah, Jerman Timur dan Chile dalam Kumpulan 1. Sebenarnya kehadiran Australia itu dibayangi dengan pertemuan tetangga Jerman Barat dan Jerman Timur.
Australia tewas kepada kepada Jerman Barat dan Jerman Timur. Tetapi mereka masih beruntung kerana meraih 1 mata hasil seri dalam perlawanan menentang Chile.
Tetapi, mereka mengucapkan selamat tinggal kepada Piala Dunia 1974 kerana tersingkir awal.
Piala Dunia 1982
Piala Dunia 1982 merupakan kejohanan pertama menggunakan format 24 pasukan. Tetapi, pusingan kelayakan zon Oceania masih lagi bergabung dengan zon Asia. Bezanya pertambahan satu slot untuk wakil dari pusingan ini.
New Zealand mara selaku wakil kedua Oceania dalam sejarah Piala Dunia. New Zealand diundi dalam Kumpulan 6 bersama Brazil,
Kesatuan Soviet dan Scotland.
All Whites kalah semua perlawanan dan melepaskan 12 gol. Cuma mereka bernasib baik dapat menjaringkan dua gol sepanjang kempen tersebut. Itu pun sewaktu perlawanan antara Scotland menentang New Zealand di mana Scotland menang 5 gol berbalas 2.
New Zealand turut mengucapkan selamat tinggal dalam ekspedisi singkat di Sepanyol.
Piala Dunia 2006
16 November 2005 merupakan tarikh keramat bola sepak Australia apabila mereka menewaskan Uruguay dalam sepakan penalti dalam play-off ke Piala Dunia 2006. Sebelum itu, mereka terikat 1-1 menerusi agregat selepas tamat perlawanan kedua di Sydney.
Kebetulan, mereka sekali lagi ke Jerman dalam kejohanan sama selepas edisi 1974.
Australia telah diletakkan dalam Kumpulan F bersama Jepun, Croatia dan Brazil. Socceroos menewaskan Jepun di Kaiserlautern pada perlawanan pembukaan Kumpulan F. Kemudiannya, mereka tewas pula kepada Brazil.
Australia seri 2-2 menentang Croatia dalam perlawanan penutup Kumpulan F. Mereka mara ke pusingan 16 terbaik setelah menduduki tangga kedua kumpulan.
Gol Francesco Totti dari Itali telah menjadi pemisah nasib negara itu dengan Australia. Gol tunggal beliau menjadi faktor penyingkiran Australia dalam pusingan kedua Piala Dunia 2006.
Harus diingat, Australia mara ke Piala Dunia 2006 itu menggunakan tiket Oceania. Biarpun pada awal tahun 2006, mereka berhijrah
ke Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Piala Dunia 2010
New Zealand kembali ke persada Piala Dunia melalui kejayaan dalam perlawanan play-off. Mereka menewaskan Bahrain cuma hanya 1 gol yang dijaringkan oleh Rory Fallon!
All Whites ditempatkan bersama Itali, Paraguay dan Slovakia. Menariknya, New Zealand seri dengan kesemua tiga-tiga pasukan tersebut.
New Zealand seri 1-1 menentang Slovakia dan Winston Reid menjaringkan gol All Whites untuk perlawanan tersebut.
Sewaktu perlawanan New Zealand menentang Itali, Shane Smeltz pula menjadi penjaring gol untuk Itali dan kedua-dua terikat 1-1.
Mereka berjaya mengutip 3 mata dan meraih tempat ketiga Kumpulan F. Kempen mereka juga berakhir agak baik apabila menjaringkan dua gol daripada 3 perlawanan.
Penutup
Tetapi bagi edisi di Rusia ini, Oceania tidak mempunyai wakil dalam kejohanan berprestij ini. Ia juga berlaku sewaktu saingan pada sebelum ini di Brazil.
Dikhabarkan mulai Piala Dunia 2026, Oceania bakal meraih satu slot automatik ke Piala Dunia. Satu persoalan yang ingin diutarakan, pasukan manakah yang mara selepas ini?
Selain itu, adakah dominasi New Zealand dapat dipecahkan selepas ini? Adakah mungkin Tahiti, Fiji atau New Caledonia mampu layak ke Piala Dunia?