Previu EFL Championship Play-Off Final: Aston Villa & Fulham Rebut Tiket Akhir Ke EPL

Ia dikatakan sebagai perlawanan yang termahal di dunia. Ia dikatakan sedemikian, mengambil kira impak kewangan yang akan diperolehi jika berjaya ke Premier League.

Dua bekas kelab berstatus Premier League iaitu Aston Villa dan Fulham akan bertarung.

Mereka mahu menebus semula maruah tercalar dalam perlawanan penentuan ini di Wembley pada tengah malam ini (waktu Malaysia).

Tidak lain tidak bukan ialah perlawanan final play-off EFL Championship.

Sokongan pemain buat Steve

Pemain-pemain Aston Villa bersatu menyatakan sokongan kepada pengurus mereka, Steve Bruce. Ada dari kalangan mereka bersyukur kerana dapat beraksi dengan baik di bawah pimpinan Steve.

Mile Jedinak tonggak utama musim ini bersama Aston Villa (Photo by Alex Livesey/Getty Images)

Antaranya, Mile Jedinak yang mahu menyudahkan musim cemerlang ini dengan baik. Villa menghadapi cabaran luar biasa dalam perlawanan separuh akhir play-off musim ini.

Para pemain sudah bekerjasama dengan baik untuk membawa Villa kembali ke Premier League.

Malah kebanyakan daripada mereka berpengalaman di liga tersebut seperti John Terry, Alan Hutton dan Robert Snodgrass.

Pengurus Villa, Steve Bruce masih dalam keadaan bersedih kerana ibunya baru meninggal dunia. Ibu Steve dikebumikan pada sehari sebelum perlawanan di Wembley.

Perang psikologi Fulham

Slavisa Jokanovic: 1 perlawanan lagi untuk aku kembali ke Premier League (Photo by Leigh Dawney/Getty Images)

Pengurus Fulham, Slavisa Jokanovic akan mengarahkan penyerang untuk menyerang lebih banyak di kawasan pertahanan. 3 orang penyerang akan diturunkan pada perlawanan tersebut.

Penyerang tersebut ialah Aleksandar Mitrovic, Ryan Sessegnon dan Aboubakar Kamara. Mereka dijangka akan digunakan untuk melepasi benteng pertahanan tengah Aston Villa yang dijaga oleh John Terry dan James Chester.

(Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Dalam sidang media sebelum perlawanan, pengurus Fulham memberitahu mereka akan cuba menguasai bola supaya pertahanan Villa dapat dikelirukan. Kepantasan tiga penyerang muda itu bakal mengenakan kuda tua harapan Aston Villa iaitu John Terry.

Sekilas

Steve Bruce bakal menghadapi perlawanan ketiganya dalam final play-off. Dua perlawanan final play-off pada sebelum ini menyaksikan beliau berjaya membawa kelab bimbingannya naik ke Premier League.

Pada 2002, beliau bersama Birmingham City. Kemudiannya pada 2016 sewaktu menjadi pengurus Hull City.

Selain Neil Warnock, Steve Bruce juga pernah membawa pasukannya mara menaiki divisyen ke Premier League sebanyak 4 kali. Ia merupakan rekod terbanyak dalam sejarah.

Fulham pula beraksi kali kedua di Wembley dalam sejarah mereka. Kali pertama mereka beraksi di stadium nasional itu ialah pada final Piala FA 1975.

(Photo by Neville Williams/Aston Villa FC via Getty Images)

Menariknya, Fulham memegang gap hari ketiga paling lama dalam sejarah di antara perlawanan pertama dengan kedua di stadium tersebut. 15,279 hari (lebih kurang 43 tahun). Rekod dimiliki oleh Southend United iaitu 30,073 hari (lebih kurang 83 tahun).

Aston Villa mempunyai dua pemain yang bersama Steve Bruce ketika beliau membimbing Hull sewaktu promosi ke Premier League sebelum ini. Pemain dimaksudkan ialah Robert Snodgrass dan Ahmed Elmohamady.

Penutup

Hanya 6 kali sahaja pasukan yang menjaringkan gol pertama perlawanan play-off akan memenangi perlawanan tersebut.

Kali terakhir pasukan yang gagal memenangi perlawanan biarpun menjaringkan gol awal ialah Cardiff pada 2010. Pada ketika itu, mereka tewas kepada Blackpool.

Demikianlah statistik ringkas perlawanan akhir Championship Play-Off. Siapakah yang lebih layak beraksi di Premier League pada musim hadapan?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN