Rusia 2018: Ibu Dedahkan Messi Menangis Kerana Impian Piala Dunia

Ibu kepada Lionel Messi, Celia Cuccittini berkata anaknya itu benar-benar terkesan dengan kritikan yang dilemparkan atas prestasi bersama Argentina.

Cuccittini turut berkata Messi benar-benar mahu menjuarai kejuaraan Piala Dunia kali ini.

Dalam perlawanan menentang Iceland, sepakan penalti diselamatkan oleh penjaga gol lawan sebelum perlawanan berakhir dengan seri 1-1.

(Photo credit should read JUAN MABROMATA/AFP/Getty Images)

Keputusan tersebut tiba selepas pesaing dan seteru utama, Cristiano Ronaldo menjaringkan hatrik untuk membantu Portugal mengikat Sepanyol 3-3.

Sebelum kempen Piala Dunia 2018, Argentina turut menderita kerana nasib malang tewas dalam tiga perlawanan akhir kejohanan utama sejak 2014.

Argentina ditewaskan oleh Jerman di perlawanan akhir Piala Dunia 2014, sebelum turut dikecewakan oleh Chile di kejohanan Copa America selepas itu.

“Sasaran Messi ialah untuk membawa Piala Dunia kembali ke Argentina. Untuk menjadi juara dunia,” ujar Cuccittini kepada program televisyen, “Diario de Mariano”.

“Ia adalah keinginan dan impian terbesar Messi. Kami turut menderita melihat bagaimana beliau menangis setiap kali gagal mencapai impian itu.”

“Messi adalah orang pertama yang mahukan trofi kejuaraan. Beliau sanggup menggadaikan segalanya untuk membawa pulang Piala Dunia,” ujar Cuccittini lagi.

(Photo by Kyodo News via Getty Images)

Messi dan rakan sepasukan di dalam skuad kebangsaan Argentina turut dikatakan tidak mempunyai hubungan baik dengan pihak media di negara tersebut keranna dikatakan tidak adil dalam kritikan.

Tekanan tersebut membuatkan Messi pernah mengambil keputusan untuk bersara bersama Argentina, sejurus selepas tewas kepada Chile di Copa America 2016.

“Kami turut terkesan dengan segala kritikan yang dilemparkan kepada Leo [Messi]. Apabila ada yang berkata Messi sekadar beraksi bersama Argentina kerana syarat dan tanggungjawab, ia benar-benar melukakan hati saya sebagai seorang ibu.”

(Photo by Gabriel Rossi/Getty Images)

Argentina melayakkan diri ke Rusia 2018 selepas jaringan hatrik Messi menewaskan Ecuador dengan jaringan 3-1 pada Oktober lalu.

“Hari ini saya melihat Messi lebih tenang dan yakin. Saya hanya mampu mengucapkan selamat maju jaya buat Messi. Saya berpesan supaya beliau pergi ke Rusia, dan nikmati saat itu.”

“Harapan besar diletakkan di bahu Messi, namun sokongan kami sebagai ahli keluarga akan sentiasa di belakang beliau,” tambah Cuccittini lagi.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN