Liga Europa: Burnley Dijadualkan Bertemu Aberdeen Dalam Pusingan Kelayakan Kedua

Kelab Inggeris, Burnley membuat penampilan pertama dalam Liga Europa 2018/19. Mereka akan memulakan aksi di pusingan kelayakan kedua dan dijadualkan bertemu kelab Scotland, Aberdeen.

Liga Europa turut dirombak?

Seperti ‘abang’nya, Liga Europa turut menyaksikan rombakan. Format baharu mulai 2018 ini dijangka akan digunakan sehingga 2021.

Pusingan awal turut diperkenalkan dengan menyaksikan 7 pertembungan melibatkan 14 kelab daripada liga berkedudukan rendah menurut ranking UEFA.

Undian telah diadakan pada minggu lepas dan perlawanan dijadualkan pada 28 Jun dan 5 Julai.

Pemenang ketujuh-tujuh perlawanan ini akan mengharungi pada perlawanan pusingan kelayakan pertama. Undian pusingan kelayakan pertama dijangka akan diadakan pada minggu ini.

Undian pusingan kelayakan pertama

Perlawanan pusingan kelayakan pertama akan diadakan pada 12 Julai. Seminggu kemudian yakni, 19 Julai akan menjadi tarikh untuk perlawanan timbal balik.

Undian pusingan kelayakan kedua 

Dalam pusingan kelayakan kedua, terdapat dua laluan berbeza. Laluan pertama ialah untuk kelab yang tewas pada pusingan awal Liga Juara-Juara Eropah akan menerima peluang kedua.

Begitu juga dengan kelab yang tumbang semasa kelayakan pertama kejohanan yang sama. Namun begitu, mereka hanya diundi bersama kelompok khas mereka ini sahaja.

Menariknya, salah satu pasukan akan menerima ‘bye’ di mana mereka terus mara ke pusingan kelayakan ketiga. Kelab itu sama ada Cork City (Ireland) atau Legia Warsaw (Poland).

Laluan kedua iaitu 47 pemenang pusingan kelayakan pertama Liga Europa akan beraksi pula dalam pusingan kelayakan kedua. Begitu juga dengan 27 kelab lain yang sedia menunggu untuk memulakan kempen dalam kejohanan ini.

Undian pusingan kelayakan kedua Liga Europa (laluan utama) adalah seperti berikut;

Penutup

Perlu diakui bahawa format Liga Europa mahu pun Liga Juara-Juara sentiasa berevolusi. Sebagai peminat, kita perlu memahami keperluan UEFA untuk berubah.

Senang kata, demi memastikan kejohanan ini sentiasa relevan dan diterima semua pihak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN