Quantcast

BERITA

Rusia 2018: Herve Renard Tetap Berbangga Dengan Maghribi Walaupun Tersingkir Awal

Maghribi telah pun ditunjukkan jalan keluar dalam saingan Piala Dunia 2018 selepas mengalami satu lagi kekalahan malam tadi.

Selepas kecundang 1-0 di tangan Iran, skuad bimbingan Herve Renard itu tewas dengan keputusan yang sama ketika bertemu Portugal menerusi jaringan minit awal yang dihasilkan Cristiano Ronaldo.

Bagi Renard, beliau tetap berbangga dengan aksi dan semangat juang yang ditunjukkan anak buahnya walaupun gagal untuk mara ke pusingan seterusnya.

”Saya sangat berbangga dengan persembahan mereka dan turut berbangga dengan para pemain saya. Saya berbangga dengan negara ini.”

”Kami berhak untuk menang. Kami memiliki lima atau enam peluang pada babak kedua. Apa yang saya pasti ketika ini adalah seluruh rakyat Maghribi akan berbangga dengan pasukan ini.”

”Sudah tentu ia menjadi mudah untuk bermain dengan seorang pemain yang mempunyai peluang dan menyempurnakannya.”

MOSCOW, RUSSIA – JUNE 20: Herve Renard, Head coach of Morocco consoles Faycal Fajr of Morocco who looks dejected following his sides defeat, meaning his team are knocked out of the World Cup after the 2018 FIFA World Cup Russia group B match between Portugal and Morocco at Luzhniki Stadium on June 20, 2018 in Moscow, Russia. (Photo by Michael Steele/Getty Images)

”Tetapi kami di Maghribi. Kami mempunyai pemain yang berkualiti. Walaupun permainan makin meningkat, kami seharusnya lebih efektif.”

Dua perlawanan yang dilalui Maghribi menyaksikan mereka terlepas banyak peluang bagi mencipta jaringan.

”Kerana, seperti perlawanan pertama, kami mempunyai banyak peluang. Saya tidak menyalahkan sesiapa.”

Perlawanan terakhir menentang Sepanyol nanti hanya akan menjadi aksi pelengkap jadual buat Maghribi, namun mereka mampu untuk menjadi penentu kepada pasukan mana yang akan ke peringkat seterusnya.

Hal ini kerana peluang masih terbuka buat Portugal, Sepanyol dan Iran untuk mara ke saingan kalah mati.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!