Rusia 2018: England Tidak Sabar Mulakan Aksi Pertama Mereka

Pengendali England, Gareth Southgate memberikan keyakinan kepada mereka supaya tidak gentar untuk berhadapan Tunisia bagi aksi pertama mereka di Piala Dunia awal pagi esok.

“Southgate berjaya menanam mentaliti supaya dapat beraksi lebih bebas, tidak gentar dan nikmati masa di sini,” kata pemain skuad itu, Jesse Lingard.

“Jadi, sebagai satu pasukan, inilah yang mahu kami lakukan – nikmati permainan kami, main tanpa rasa takut dan memperagakan bola sepak yang menarik.

“Sudah tentu kami mahu sampai ke final namun kami perlu fokus satu perlawanan sebelum bersedia untuk aksi yang seterusnya.”

Pemain berusia 25 tahun itu turut mengakui mudah untuk menyesuaikan diri dengan taktikal Southgate memandangkan mereka pernah bersama dalam skuad remaja sebelum ini.

“Dia memahami cara permainan saya. Sebelum ini, kami bersama dalam skuad remaja dan kini skuad senior. Dia banyak membantu perkembangan saya.” katanya.

Selepas dimalukan oleh Iceland yang menyingkirkan mereka di pusingan kedua Euro 2016 serta kegagalan melepasi peringkat kumpulan di Brazil empat tahun lalu, penyokong England kini tidak lagi mengharapkan untuk memenangi kejohanan itu.

Pelbagai sindiran dilemparkan tetapi pendekatan merendah diri Southgate dan potensi skuad muda yang dibawanya ke Russia menyuntik semula harapan England di Piala Dunia.

“Sebagai sebuah negara perkara ini sering terjadi – harapan tidak begitu tinggi tetapi apabila tiba Piala Dunia, semua kembali bersemangat.

“Jika Piala Dunia tidak dapat mencetus inspirasi sesebuah negara, saya tidak tahu apa yang boleh,” kata pengarah teknikal Persatuan Bolasepak Inggeris Dan Ashworth.

Skuad kali ini juga dilihat lebih tajam di barisan depan dengan kehadiran Harry Kane dan Raheem Sterling yang akan dibantu oleh Jesse Lingard dan Dele Alli di belakang mereka.

Benteng England diperkuat oleh Harry Maguire dan Kirean Trippier yang diharap dapat menterjemah kehebatan di Liga Perdana Inggeris kepada aksi mantap di Russia.

Perlawanan terakhir kumpulan menentang Belgium dijangka ujian paling sukar buat England tetapi sejarah mengajar mereka untuk turut berwaspada apabila berdepan Tunisia atau Panama.

Tunisia beraksi buat kali kelima di Piala Dunia tetapi belum pernah melepasi peringkat kumpulan dan mereka tidak pernah menang sejak menewaskan Mexico dalam aksi pertama mereka pada tahun 1978.

England dan Tunisia pernah bertembung di Piala Dunia Perancis 1998 dengan England menang 2-0 hasil jaringan Alan Shearer dan Paul Scholes.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN