Previu: Jurulatih Korea Selatan Ubah Nombor Pemain Untuk Kelirukan Sweden

Saingan kumpulan F bagi Piala Dunia 2018 bermula hari ini dengan Sweden dan Korea Selatan bertemu dalam aksi awal pada hari keempat kejohanan.

Kedua-dua pasukan ini bukanlah pasukan utama atau pasukan pilihan untuk mara jauh dalam kejohanan ini apatah lagi memenanginya, tetapi mereka berpotensi untuk memberikan kejutan.

Sweden pasca Ibrahimovic

Sukar untuk kita memperkatakan Sweden tanpa menyebut Zlatan Ibrahimovic.

Harapan untuk menyaksikan pemain ini beraksi di Rusia musnah selepas Sweden FA mengesahkan tidak akan membawa pemain veteran itu bersama mereka.

Skuad Sweden pasca Ibrahimovic mempunyai pro dan kontranya yang tersendiri.

Dari sudut positif, Sweden tidak lagi bergantung harap kepada seorang pemain sahaja terutamanya di bahagian serangan.

Mereka kini lebih bebas dan beraksi lebih sebagai sebuah pasukan berbanding persembahan individu dalam usaha mencari gol.

Penyerang seperti John Guidetti, Marcus Berg, Isaac Kiese Thelin dan Ola Toivonen sudah pasti akan menjadi sandaran Sweden di Rusia kali ini.

Secara kontranya, Sweden sepertinya sudah hilang nilai karisma yang dibawa Ibrahimovic di atas padang.

Kehadiran beliau sebagai penyerang yang egoisitik dan cukup bernafsu mencari gol kini sudah tidak lagi bersama-sama mereka.

Rekod cemerlang Asia

Korea Selatan menjadi pasukan keempat dari benua Asia untuk turun pada saingan Piala Dunia kali ini.

Selepas 3 perlawanan, pasukan Asia berjaya mencatat satu kemenangan dan dua kekalahan menerusi kejayaan Iran dan tumpasnya Australia di tangan Perancis dan Arab Saudi di tangan Rusia.

Jadi rentak mana yang harus Korea Selatan ikut? Pastinya rentak merdu Iran dan bukannya rentak sumbang Australia dan Arab Saudi.

Korea Selatan pastinya mahu memperbaiki rekod buruk mereka di Brazil pada 2014 apabila hanya memperoleh 1 mata sahaja di peringkat kumpulan.

Jadi, rekod itu perlu diperbaiki sekarang dalam aksi menentang Sweden.

Pemain tumpuan

Tumpuan untuk pasukan Sweden pastinya bintang RB Leipzig – Emil Forsberg.

Teraju utama kelab Jerman yang beraksi di sayap kiri ini pastinya akan mengundang bahaya buat pasukan Korea Selatan dengan larian deras beliau.

Selain itu, Forsberg turut boleh menghadirkan ancaman menerusi jaringan gol.

Musim ini, beliau telah menjaringkan gol 5 gol serta menghasilkan 4 bantuan gol dalam 33 penampilan untuk RB Leipzig.

STOCKHOLM, SWEDEN – JUNE 02: Emil Forsberg of Sweden during the International Friendly match between Sweden and Denmark at Friends Arena on June 2, 2018 in Solna, Sweden. (Photo by Nils Petter Nilsson/Ombrello/Getty Images)

Bagi Korea Selatan, sandaran semestinya diletakkan di bahu Son Heung-min.

Son jelas merupakan pemain yang boleh bermain di pelbagai posisi di bahagian serangan sama ada di bahagian kiri, kanan mahupun tengah.

Buktinya, Son telah menjaringkan 18 gol serta menyumbangkan 11 bantuan gol di peringkat kelab dalam 53 penampilan musim ini.

DAEGU, South Korea – MAY 28: Son Heung-Min of South Korea in action during the international friendly match between South Korea and Honduras at Daegu World Cup Stadium on May 28, 2018 in Daegu, South Korea. (Photo by Chung Sung-Jun/Getty Images)

Son turut ampuh ketika bersama skuad kebangsaan. Beliau sudah menjaringkan 21 gol dar 64 jaringan bersama Korea Selatan.

Jelas sekali, larian deras dan ketajaman penyudah beliau pada malam ini akan ditagih sepenuhnya.

Sebelum sepak mula

Sweden jelas mahukan permulaan yang baik dalam perlawanan pertama mereka di Piala Dunia dalam tempoh 12 tahun.

Kejayaan mereka menolak Belanda di peringkat kelayakan pada minit akhir pastinya mahu diulang di Rusia.

Mereka juga mahu tunjukkan kepada semua pihak yang mereka mampu cemerlang tanpa Ibrahimovic di sisi.

Di kem Korea Selatan, jurulatih Shin Tae-yong telah melakukan taktik mengaburi mata pihak lawan dengan mengubah nombor jersi pemain beliau ketika latihan.

“Sukar untuk orang Barat untuk membezakan orang Asia dari sudut wajah.”

“Kami tukar-tukarkan nombor jersi kerana kami tak mahu tunjukkan apa-apa kepada mereka.”

xxx during the international friendly match between South Korea and Bosnia & Herzegovina at Jeonju World Cup Stadium on June 1, 2018 in Jeonju, South Korea.

Bagi Son dan rakan sepasukan, inilah peluang mereka untuk mengelak dari menyertai program khidmat negara dengan cara memenangi Piala Dunia.

Son mahu mengelak dari menyertai program khidmat negara yang ditetapkan oleh kerajaan Korea Selatan tetapi beliau dan rakan sepasukan perlu cemerlang di Rusia.

Son sebelum ini gagal apabila tidak berjaya membawa pingat buat negaranya dalam acara bola sepak di Sukan Olimpik 2016 di Brazil.

Jadi, Piala Dunia ini merupakan peluang kedua terakhir untuk beliau menebus kekecewaan itu.

Jika gagal, Son dan rakan-rakan wajib mendapatkan pingat emas dalam acara bola sepak di Sukan Asia di Indonesia untuk dapatkan pengecualian dari menyertai program khidmat negara.

Untuk rekod, skuad Korea Selatan pada 2002 diberi pengecualian selepas berjaya mara ke separuh akhir Piala Dunia yang diadakan di Korea Selatan dan Jepun.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN