Rusia 2018: Deschamps Akan Kekal Bersama Perancis Walaupun Jika Disingkirkan Argentina

Didier Deschamps akan kekal bersama skuad kebangsaan Perancis sebagai pengurus pasukan, walaupun tewas kepada Argentina dalam perlawanan pusingan kalah mati pada malam ini.

Kedudukan Deschamps dijamin sendiri oleh presiden France Football Federation (FFF), Noel Le Graet susulan khabar angin dan kecaman yang diterima pasukan itu di Rusia.

PARIS, FRANCE – MAY 28: Didier Deschamps head coach of France looks on before the International Friendly match between France and Ireland at Stade de France on May 28, 2018 in Paris, France. (Photo by Dean Mouhtaropoulos/Getty Images)

Deschamps yang juga merupakan anggota skuad Piala Dunia Perancis yang muncul juara dunia di halaman sendiri pada 1998 dikecam oleh penyokong pasukan mereka selepas aksi gambar di peringkat kumpulan.

Selepas menewaskan Australia 2-1 dengan bantuan VAR, skuad kendalian Deschamps bergelut untuk menewaskan Peru 1-0- hasil jaringan tunggal penyerang muda, Kylian Mbappe, sebelum mencatat keputusan tanpa jaringan menentang Denmark.

Antara calon kegemaran untuk menggantikan Deschamps ialah seorang lagi bekas pemain, Zinedine Zidane yang meninggalkan Real Madrid selepas berjaya memimpin gergasi Sepanyol itu membolot kejuaraan UEFA Champions League (UCL) buat musim ketiga berturut-turut pada awal Jun lalu.

(Photo by BENJAMIN CREMEL / AFP) (Photo credit should read BENJAMIN CREMEL/AFP/Getty Images)

“Kontrak telah ditandatangani. Deschamps telah menandatangani kontrak sehingga 2020. Ini bermakna beliau akan kekal walau apapun yang akan berlaku,” ujar Le Graet.

Perlawanan menentang Argentina pada malam ini adalah perlawanan ke-80 di bawah kendalian Deschamps.

Ia adalah rekod baharu yang sebelum ini dipegang oleh Raymond Domenech yang mengendalikan pasukan perancis dalam 79 perlawanan.

Presiden FFF, Le Graet mensasarkan skuad Perancis mampu untuk sekurang-kurangnya melangkah ke separuh akhir di Rusia.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN